“Masuk kali ni dh 4 kali dia tanya aku dah nak balik ke tak”- Ajak Shiro

Mungkin ramai peminat yang tidak tahu bahawa sebenarnya ramai juga artis tanah air yang pernah menganggotai pasukan beruniform dan menjadi penjawat awam sebelum mereka menceburi bidang seni. Ada segelintir di antara mereka yang telah meletakkan jawatan namun ada juga yang masih lagi kekal bersama kerjaya berkenaan dan menjadikan aktiviti seni sebagai pendapatan sampingan.

Buat pelawak, pengacara dan penyampai radio iaitu Ajak atau nama sebenar beliau Mohd Hanaffi Bin Razak pula, beliau sebenarnya pernah berkhidmat sebagai seorang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak sejak usianya 19 tahun.

Ajak berkesempatan untuk menabur bakti sebagai anggota Tentera Laut selama 7 tahun sebelum membuat keputusan untuk mengembangkan bakat sebagai pelawak.

Sekitar tahun 2012, Ajak akhirnya meningg4lkan kerjaya berkenaan untuk meneruskan langkah dalam bidang komedi dan mencuba nasib dalam industri hiburan tanah air.

Ajak mula dikenali menerusi program Raja Lawak musim keenam bersama kumpulan Shiro yang dianggotai bersama sepupunya sendiri iaitu Shah­rol Shiro.

Meskipun pada awalnya beliau tidak pernah terlintas untuk membabitkan diri dalam dunia hiburan namun kata -kata semangat serta sokongan daripada isteri tercinta Afifah Amin yang merupakan seorang guru serta rakan- rakan membuatkan beliau terdetik hati untuk mencuba nasib.

Berkat usaha dan kesabaran, Ajak akhirnya memenangi pertandingan Raja Lawak musim ke enam itu. Selain masih lagi aktif menyertai program komedi, Ajak kini bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio Sinar.

Ajak juga pernah berlakon di dalam beberapa drama antaranya Shiro Bermula Sebuah Cerita, Mujibur Mari, Wak Sayang Lue serta filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun paling meriah buat rakyat Malaysia menyambut lebaran setelah dua tahun tidak dapat menyambut perayaan ini, pelbagai ragam yang dapat di lihat daripada para selebriti di Malaysia di media sosial.

Menerusi perkongsian terkini penyampai radio itu di Instagram, beliau berkongsikan sebuah video yang memaparkan isterinya sedang rancak berbual bersama saudara.

Tulis Ajak lagi, isterinya sudah bertanya kepada beliau sebanyak 4 kali sama ada mahu pulang atau belum, namun begitu di sebalik pertanyaan tersebut, isterinya masih lagi terus berbual bersama beberapa lagi orang saudara mereka.

https://www.instagram.com/p/CdI0bUCJsuG/?utm_source=ig_web_copy_link

Perkongsian video yang mencuit hati oleh Ajak itu membuatkan para peminat merasa terhibur dengan gelagat suami isteri berkenaan. Malahan sehingga kini perkongsian video Ajak itu telah menerima sebanyak 27 ribu tanda suka dan 358 komen daripada para peminat.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman dan kisah yang sama sepanjang menyambut perayaan aidilfitri tahun ini. Para netizen yang terdiri daripada kauum wanit4 juga turut berkongsi cerita mencuit hati mereka mengenai suami masing- masing yang terpaksa menunggu para isteri yang rancak berbual.

Almaklum pndemik yang melanda membuatkan kita semua tidak dapat berjumpa saudara mara selama 2 tahun. Berikut di kongsikan kisah yang dikongsikan oleh para netizen di ruangan komen.

“cara duduk tu agak selesa sempat lah si suami bcucuk tanam ke ape ke sok2 dh tumbuh buah atau bunga blh blk.itu phman bg kami kauum wanita.dr segi suapan ke mulut pon mnunjukkn dlm 3jam lg bsidang tu.” – Netizen

“aga dia sebaik2 bidadarimu… Ssah nk dpt bini mcm ne… Sempoi kan… Caya la kak … Kita geng duduk bersila atas kerusi.. duduk kat lantai lunjurkan kaki” – Netizen

“Lepas tu konon dah nak balik..eh sambung sembang kat depan pintu pulak..jalan lagi sampai ke pagar, sembang lagi” – Netizen

Rancak dan kusyuk sungguh nampak isteri Ajak bersembang dengan saudara. Memang betul-betul lepas rindu nak berjumpa saudara. Alhamdulillah setelah 2 tahun tidak dapat menyambut perayaan aidilfitri akhirnya tahun ni merupakan tahun yg paling meriah sambutan hari raya buat kita semua.

Sumber: ig ajak shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!