“Aidil nmpk ikhlas menyayangi anak Fasha mcm anak sendiri”- Netizen

Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan sering menjadi bualan para peminat drama melayu. Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai empat orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Sehingga kini, wajahnya sering menghiasi drama- drama tanah air dengan bakat lakonan beliau yang luar biasa. Drama terkini lakonan beliau iaitu Deendam Seorang Isteri kini sedang hangat di tayangkan dan menerima maklum balas yang sangat memberansangkan daripada para peminat drama melayu.

Lakonan yang di berikan Fasha sangat mantap sehingga adakalanya para penonton akan terbawa-bawa watak yang dilakonkan oleh Fasha itu di luar drama. Di samping drama Deendam seorang Isteri, Fasha juga turut berlakon di dalam drama Khilaf Asmara di samping Fattah Amin dan Nelydia Senrose.

Fasha juga tidak s0ombong dan sering menjaga hati peminatnya. Fasha Sandha sering diberikan watak yang berat sejak kemunculan pertamanya dalam sebuah drama yang berjudul Natasha.

Sekiranya ada artis baru yang tidak menepati jadual waktu penggambaran pasti akan ditegur oleh Fasha. Sikapnya itu membuatkan beliau sering mendapat pujian dan berkat disiplin yang ketat itulah yang membuatkan nama Fasha masih kukuh dalam industri.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Bagaimanapun Fasha dan Jejai kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2016. Ketika itu Fasha berkata bahawa kehidupan berumah tangga yang beliau lalui dirasakan sangat mencabar.

Fasha turut mengakui bahawa restu keluarga juga memainkan peranan penting dalam kehidupan pasangan yang telahpun berkahwin.

Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Mereka berdua mula bekenalan ketika menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip. Fasha berkata dirinya selesa bersama dengan Aidil yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Bersempena sambutan perayaan aidilfitri tahun ini, Fasha turut berkongsi video beliau dan anak- anak sedang bersalam- salaman antara satu sama lain.

Ketika anak- anak Fasha iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima bersalaman dengan Aidil, peluukaan erat Aidil kepada kedua- dua orang anaknya itu menarik perhatian para netizen di ruangan komen.

Menjengah keruangan komen, netizen terharu dengan sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Aidil kepada anak- anak Fasha.

Netizen juga berkata Fasha amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang ikhlas menyayangi anak-anaknya seperti anak sendiri. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat Aidil Aziz.

“Alhamdulillah suka tgk Aidil ni nmpk mmg dr hati ikhlas menyanyangi anak2 fasha mcm ank dia sendiri..Susah sbnrnya nak dpt lelaki yg boleh terima anak dr bekas suami..” – Netizen

Setiap orang mempunyai jalan kehidupan dan ujian yang berbeza. Syukur akhirnya Fasha di pertemukan dengan seorang suami yang sangat penyayang dan sedang bahagia dengan kehidupan yang di laluinya sekarang.

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!