“Manisnya senyuman Yong, lesung pipit bawah bibir tuu” – Netizen

Datin Lisa Surihani merupakan seorang pelakon, model dan pengacara di Malaysia. Datin Lisa juga pernah di gelar sebagai primadona filem melayu kerana beliau banyak berlakon filem sepanjang penglibatan beliau di dalam industri lakonan tanah air. Datin Lisa mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan KRU iaitu Dato Yusry Abd Halim pada 25 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan ini telah di kurniakan 3 orang anak. Anak sulungnya Yahaira Leanne, dan dua orang anak lelaki iaitu Yusof Leonne serta Yunos Laith. Bagaimanapun pasangan tersebut amat jarang berkongsi mengenai anak mereka di media sosial.

Walaupun kebiasaannya anak selebriti yang lain mempunyai akaun media sosial tersendiri buat anak- anak mereka namun pasangan popular ini memilih untuk tidak mewujudkan akaun Instagram buat anak- anak mereka.

Namun begitu adakalanya Datin Lisa akan berkongsi aktiviti terkini dirinya bersama anak- anak buat tatapan para peminat yang sudah lama mengikuti beliau sejak dahulu.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, apa jua perkongsian mereka pasti akan menerima perhatian daripada para peminat.

Terbaru, Datin Lisa telah berkongsi satu video yang memaparkan majlis sambutan hari lahir puteri sulungnya Yahaira Leanne.  Menerusi video yang dimuat naik itu, pastinya yang menjadi tumpuan ramai ialah wajah anak sulung mereka, Yahaira.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Sepertimana penampilan si ibu yang serba sederhana, demikian juga Yahaira atau mesra disapa dengan panggilan Yong oleh Datin Lisa dan para peminat.

Menerusi hantaran itu juga, Datin Lisa menulis ucapan dan doa buat puteri sulungnya itu. Ujar Datin Lisa lagi, beliau seperti tidak percaya Yahaira sudahpun mencecah usia 7 tahun. Ucapan yang di tulis oleh Datin Lisa itu mengundang sebak buat para peminat.

Menjengah keruangan komen, rata- ratanya juga tidak puutus- puutus memuji wajah Yahaira yang semakin cantik dengan lesung pipit di bawah bibirnya.

Malahan wajah Yong yang ceria menyambut hari lahirnya itu bersama rakan- rakan yang lain juga menyerlahkan lagi senyuman manis dan comelnya itu.  Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Semakin besar, semakin cantik anak dara Yusry dan Lisa. Bahkan, ramai yang memuji wajah comelnya itu saling tidak tumpah dengan wajah Datin Lisa sendiri.

Begitu juga dengan senyuman manis si cilik tersebut persis mummynya. Yahaira lebih manis kerana mempunyai lesung pipit di bawah bibirnya.

Sumber: Instagram lisa surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!