“Haha mantap proposal, trafik ok lagi bang” – Netizen

Kalau bab-bab buat perancangan yang teliti, serahkan saja pada kaaum hawa. Mereka memang cepat, tangkas dan teliti dalam soal ini. Mestilah, agar semua aktiviti berjalan dengan lancar dan tanpa berlaku sebarang gangguan. Tidak kisahlah merancang mahu pergi bercuti atau sekadar pergi mandi-manda di sungai, dari senarai warna baju hingga ke jenis makanan, semua pun akan ditulis dan harus dituruti. Itulah kehebatan insan yang bernama wanita.

Makin-makin lagi kalau sudah bergelar sebagai ibu, sudah tentu lagi teliti ‘details’ yang mahu diterangkan. Ayah pun naik pening baca perancangan isteri kadang-kadang.

Seperti pelakon sado Norman Hakim, dia juga turut menjadi bingung apabila membaca plan yang telah dirancang oleh Memey, isteri terkininya dengan Abby Abadi, bekas isterinya untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti mungkin sempena kebenaran semula untuk merentas negeri.

Memang tidak dapat dinafikan, membuat perancangan yang teliti bagi memastikan sesuatu aktiviti itu berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para ibu.

Mungkin perkara yang sama turut dirasai oleh Memey dan Abby. Berlembar-lembar muka surat Whatsapp penuh dengan perancangan mereka berdua sahaja. Lengkap dengan haribulan, masa, warna baju dan tentatif pula tu. Apa tidaknya Norman menjadi pening. Kehkehkeh.

Gambar perkongsian screenshot perbualan antara Memey dan Abby ini telah dimuatnaik oleh Norman menerusi akaun Instagramnya yang mana telah meraih sebanyak 7,669 sukaan dan 118 komen dalam masa 9 jam.

Rata-rata netizen berasa lucu dengan postingan Norman kali ini yang mana sebahagian warganet turut mengiyakan ciri-ciri wanita yang efisien dalam bab merancang seperti yang Norman tulis melalui ruangan caption foto perkongsiannya ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa ianya masih dalam bentuk proposal, belum ada draft terakhirnya lagi.

Rakan artis Norman seperti Salina Saibi turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting Norman ini dengan bersetuju bahawa sifatnya juga sama seperti sifat Memey dan Abby.

Dah namanya perempuan, memang pro la dalam hal merancang ini. Norman mengaku bahawa otaknya menjadi ‘cramp’ sewaktu membaca perancangan yang panjang lebar ini dalam telefon bimbit milik isterinya, Memey.

Norman juga tidak lupa untuk menyebut nama anak-anaknya dalam postingnya itu agar mereka tidak terkejut apabila ‘memo’ yang rasmi mengenai plan bercuti mereka ini dikeluarkan oleh Abby dan Memey. Dah nampak seperti peperiksaan la pulak, kehkehkeh.

Apa boleh buat la Norman, terpaksalah membiasakan diri untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara macam ni walaupun kepala tu dah mulai saakit. Ala, Norman tak banyak kerja pun.

Cuma bersetuju saja dengan idea mereka ni, nescaya semua akan berjalan dengan lancar. Bagi anak-anak Norman pula, jangan pulak ingkar dengan plan ni. Kang mengena, menyesal juga. Hehehe..

Sumber: Instagram Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!