“Maintenance tinggi ni weii” – Netizen

Menjadi orang cantik memang beruntung. Di mana berada pun biasanya ramai yang suka melihat kerana lazimnya menarik perhatian tanpa perlu try hard untuk itu. Begitupun kalau sekadar cantik, tetapi tuan punya badan tidak tahu menjaganya tak berbaloi juga. Yang bagus jika dahlah cantik, kelebihan yang ada diserikan lagi dengan pakej bergaya hingga nampak ‘premium’, pastinya bukan kaleng-kaleng lelaki yang berani mendekat.

Barangkali itulah dirasakan netizen apabila melihat penampilan aktres cantik comel, Ruhainies ini. Mana taknya, kalau dijengah ke medsosnya, gayanya memang sentiasa nampak ‘kerlas’ dan ala-ala bangsawan.

Tak hairanlah, ada menyangka menjadi seorang Ruhainies memerlvkan kos yang tinggi. Gamaknya mereka membayangkan dengan mekap, busana, aksesori wanita ini, selain tempat dikunjunginya.

Apa pun hanya Ruhainies yang tahu berapa ‘pelaburannya’ untuk menjaga penampilannya itu kan… Kadang tak kurang juga yang boleh nampak elok walaupun tanpa menggunakan barang mahal.

Yang penting bijak berbelanja dan memperuntukkan keperluan diri. Kadang dengan sedikit pelaburan pun, kalau bijak memilih sesuai dengan diri akan nampak perubahan seakan barang digunakan jenis mahal.

“Maintainance tinggi ni weiii”, “So cute and beautiful as always”, “Cantiknya bidadari ni, geram saya”, “Lawa she…”, “ Segak sangat ni Ruhainies”. Itu antara layangan komen netizen tatkala melihat video perkongsiannya.

Dalam video dikongsikan Ruhainies terlihat dirinya yang memakai busana seperti satin mahal, sedang dimekap seseorang dengan nampak kelainannya daripada biasa. Dia turut memegang jambangan bunga dengan belon tertulis happy birthday.

Rupanya wanita dikatakan mirip pelakon, Nora Danish ini menyambut hari jadinya yang ke-29 pada 27 Julai lalu. Agaknya ada seseorang istimewa yang mengirimkan hadiah bunga itu buatnya ya…

Untuk info, Ruhainies sememangnya sinonim dengan watak cantik bergaya dan menjaga penampilan. Dia sendiri pernah mengetengahkan sering membawa watak org kaya-kaya saja.

Bagaimanapun jangan sangka yang tidak-tidak. Pernah juga Ruhainies membawa watak gadis kampung biasa, bahkan sanggup menghitam pekatkan warna rambutnya bagi menjayakan watak itu. Jadi jangan tengok luaran saja ya…

Sumber : IG Ruhainies

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!