“Ya Allah romantiknya korang” – Netizen

Lama tak lihat penyanyi nasyid dan pop etnik selain pelakon ini selepas tular video dan kisahnya menjual pau di perumahan di ibu negara. Pasti pengikut dan peminatnya ramai yang rindu. Jika dilihat perkongsian Bienda ini, nampaknya ada buah tangan terbaharu daripadanya. Dia bergandingan dengan aktor, Zizan Razak nampaknya dalam telemovie kali ini.

Kelibat mereka berdua kali ini antara menancap perhatian netizen. Tup-tup… bergandingan pula dengan pelawak Zizan ya… ramai yang teruja di ruangan komen untuk memastikan kebenaran gandingan itu.

“Wait… Zizan?”, “Wah… kakak is backkk”, “Wah tak sabar nak tonton cerita ni dengan abg long fadil”, “Cakak ganu x telemovie ni sis?? Tkot guna bhasa kl je. Sebab cite ni belakon kat ganu… kne cakak ganu laa..”. Itu antara komen netizen.

Mana taknya, rupanya Bienda memberitahu dalam kapsyen hantarannya itu bahawa dia kini sedang menjalani pengambaran telemovie itu di negeri penyu tersebut yang dikatakannya merupakan kampung keduanya.

Jika dilihat, Zizan juga merupakan anak Dungun, Terengganu. Jadi kenalah mereka digandingkan bersama ini ya… Masing-masing dapat pulang ke kampung halaman.

Nampak sweet bersama betul mereka dalam klip rakaman pendek ketika sh0ot1ng itu dengan berlatarbelakangkan lagu cinta yang dikongsikan hingga mengundang ramai pula yang suka.

Pun begitu, hubungan mereka hanya dalam cerita ya. Bienda sebenarnya sudah lamapun berpunya. Jadi netizen jangan lebih-lebih pula tengok mereka serasi bersama sampai doakan berjodohan pula. Naya Pak Karim…

Untuk info, pada tahun 2018, baharu Bienda berani mendedahkan di media bahawa dia sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2009 dengan produser, Kamarul Zariman Abd Rahman.

Nampaknya memang kurang Bienda bercerita perihal peribadinya hingga ramai netizen yang tak mengetahui perihal dirinyanya ya. Begitupun pasti anak kepada penyanyi dangdut 90-an, Sheeda ini ada alasannya.

Terdahulu video Bienda dengan tajuk Bidadari Jual Pau tular hingga selepas itu dia tak menang tangan melayan pelanggan. Mana taknya dengan berhijab ditambah parasnya yang memang menawan, satu bonus tarikan buatnya dapat marketing free, Bertuah gitu…

Sumber : IG Bienda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!