“Macam Munni bajrangi bhaijaan”- Netizen

Bagi peminat movie Hindustan, pasti anda pernah menonton filem berjudul Bajrangi Bhaijaan. Tapi, kalau anda tak minat Hindustan pun, rata-rata pasti pernah menonton movie tersebut. Mana taknya, itu merupakan movie yang sangat viral di suatu masa dahulu. Sampaikan mampu membuat para netizen menaangis tau, kalau tak percaya cepat pergi tonton seorang.  Tak ruug1 pun.

Filem yang dibintagi oleh pelakon popular, Salman Khan sebagai Bajrangi dan Harshaali Malhotra sebagai Munni berkisahkan tentang seorang gadis b1su muda yang sesat di India.Mankala seorang lelaki yang setia dengan semangat yang mulia melaksanakan tugas untuk membawanya kembali ke tanah airnya dan menyatukan dia dengan keluarganya.

Sungguh mencabar liku-liku yg dihadapi oleh mereka dalam filem tersebut. Yang paling menarik perhatian ramai adalah Munni merupakan kanak-kanak perempuan yang sangat comel. Matanya bulat, pipinya merah-merah. Comel sangat macam anak patung. Lakonan pun mantap. Pandai si comel tu berlakon. Tiap tengok Munni di sosial media pasti akan teringatkan filem itu.

Tapi, kalau nak tahu, kita pun ada kembar Munni versi Malaysia tau. Siapa lagi kalau tak lain tak bukan si puteri Che Ta dan Zain Saidin iaitu Aisyah. Selepas sebut saja nama Aisyah , pasti anda akan setuju kan dengan statement tersebut lebih-lebih lagi apabila Aisyah menggayakan pakaian sari k4um India. Comel sungguh

Baru-baru ini Che Ta ada memuat naik videonya dan Aisyah berphoto shoot dengan memakai sari. Uish bukan main segaknya dua beranak ni. Bagaikan bidadari, Che Ta kan ratu. Memang lawa lah apabila memakai sari.

Aisyah pun bukan main bergaya dan pandai posing ya. Bak kata Che Ta, memek muka Aisyah sangat menjiwai dan siap ambik mood lagi time orang ambilkan gambar mereka.Dia punya bergaya tu mengalahkan mak nya. Feeling habis.

Tapi bak kata Che Ta, beliau cakap dirinya seperti Rekha, manakala Aisyah pula seperti Aishwarya Rai. Haaa tak kisah lah macam siapa, yang penting dua-dua ni letopsss. Dengan merah menyala nya, kemain.

Antara komen netizen ialah “Comel ngat aihh,, dua2 macam Barbie doll hid0p”, “Uih letupsss aihh dua beranak ni”, “Amboi cantiknya, macam pure Hindustan la” dan sebagainya. Rata-rata setuju dengan kecantikan mereka berdua, bak kata netizen macam pure Hindustan.

Pun begitu, sebenarnya Che Ta sedang mempromosikan inai keluaran nya, iaitu Inai Che Ta, kalau korang nak feeling macam Che Ta, boleh lah try beli sekotak dua inai Che Ta, barulah ada vibes-vibes Hindustan gitu.

Sumber : Ig Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!