“Macam mandi wajib je Maimon”- Awal Ashaari

Individu yang bergelar sebagai anak seni ini memang terkenal dengan cabarannya yang tersendiri. Tidak kiralah jika ia dalam bidang nyanyian mahupun lakonan yang memerlukn komitmen tinggi serta kesungguhan dalam bidang yang telah mereka pilih sebagai kerjaya tetap. Apa yang menjadi cabaran besar adalah bagaimana seseorang itu dapat mempertahankan nama dalam industri hiburan yang bersilih-ganti kepopularan masing-masing.

Nama yang bukan calang-calang lagi dalam industri tempatan terutamanya lakonan, siapa lagi yang tidak kenal dengan puteri sulung kepada penyanyi legenda Amy Search ini. Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil sudah menempah nama dalam industri hiburan sejak dia berumur 17 tahun lagi.

Terkenal dengan keberkesanan dan kehebatannya membawakan watak-watak di dalam drama dan filem lebih-lebih lagi watak antagonis, pasti ramai yang bersetuju bahawa Nabila Huda juga layak digelar sebagai artis paling hebat dan berbakat dalam negara.

Kebelakangan ini, Nabila Huda sering berkongsi di laman Instagramnya berkenaan perkembangan semasanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru bertajuk Telaga Suriram arahan daripada pengarah hebat Osman Ali.

Menampilkan barisan pelakon hebat dalam filem tersebut yang dilakonkan oleh Maya Karin, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Nabila Huda serta ramai lagi. Ramai yang tidak sabar ingin menonton hasil kerja dari barisan artis ternama tanah air yang sememangnya hebat-hebat belaka.

Terkejut dengan pot0ngan babak lakonan dari filem Telaga Suriram yang dikongsi oleh Nabila Huda di Instagramnya itu telah membuat ramai terpegun dengan lakonannya yang sanggup untuk mandi seawal 5 pagi di tengah set penggambaran.

Tidak menganggap pekerjaannya itu sebagai perkara remeh, dia sanggup melakonkan babak tersebut dengan bersungguh-sungguh dan melawan rasa sejuknya itu.

Ruangan komen dibanjiri para peminat yang kagum dengan pengorbanan dari Nabila Huda yang telah melakukan  perkara yang bukan mudah untuknya demi mencari rezeki. Awal Ashaari berseloroh menyatakan seperti Abil mandi wajib.

Ada juga netizen yang memahami penat lelah Nabila Huda yang sibuk dengan penggambaran filem tersebut serta harus berulang-alik pula untuk ke set Melodi setiap hari Ahad.

Tidak ramai yang tahu dan sedar tentang peranan dan penat lelah mereka yang bergelar artis ini bagi menghiburkan orang ramai dengan bakat yang diberikan kepada mereka. Memang hebat dan kagum lihat kesungguhan Abil. Tak sabar nak tunggu filem Telaga Suriram ini ditayangkan di pawagam.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!