“Maafkan sy abg food panda, sy ambil gambar ni curi2” – Fasha Sandha

Berdepan dengan musim pndmik dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang sudah hampir dua bulan dilaksanakan ini, tidak dinafikan sememangnya sudah terlalu ramai keluarga mahupun perniagaan kecil yang terjejas. Baru-baru ini juga tular gerakan bendera putih yang berganding bahu antara individu persendirian dan juga badan-badan NGO yang turut sama turun padang demi membantu golongan yang terjejas.

Selain daripada terjejas dari segi kesihatan, ramai yang berdepan dengan masalah kehiilangan punca pendapatan sejak pndemk cvd melanda dunia. Buat pelakon Fasha Sandha, golongan artis juga turut terjejas dari segi punca pendapatan apabila penggambaran drama sudah tidak dapat lagi dilakukan.

Pemberian vksn juga sedang giat dijalankan oleh kerajaan menerusi Program Imunisasi Cvd19 Kebangsaan (PICK). Fasha bersama suaminya juga telahpun div4ksn apabila baru-baru ini apabila berkongsi gambar berkenaan menerusi media sosial.

Menerusi muatnaik terkini beliau di instagram, Fasha telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan seorang penghantar makanan Foodpanda yang turut membawa bekalan untuk diberikan kepada kucing-kucing jalanan di bakul hadapan motorsikal yang ditunggangnya.

Menurut Fasha, beliau terlalu kagum dengan sikap individu tersebut kerana begitu kuat semangat bangun seawal pagi selepas subuh demi mencari rezeki namun tidak melupakan bekalan buat kucing-kucing jalanan. Menerusi caption yang ditulis Fasha lagi beliau meminta maaf kepada penghantar makanan tersebut kerana mengambil gambar beliau  secara curi-curi.

Tambah Fasha lagi, hati beliau tersentuh melihat bekas makanan kucing yang dibawa sebagai bekalan oleh penghantar makanan tersebut kerana sebagai pencinta kucing beliau memahami keadaan ketika ini dimana kerana kekangan PKP, tidak ramai yang boleh menghulurkan makanan kepada kucing-kucing jalanan. Beliau sering memikirkan nasib kucing-kucing jalanan jika tiada individu yang sudi memberikan makanan.

Fasha berkata beliau sempat melambaikan tangan kepada penghantar makanan tersebut dan meminta jika ada antara para pengikut akaun instagram beliau yang mengenali penghantar makanan itu agar dapat memaklumkan serta memberikan maklumat penghantar makanan tersebut kepadanya.

Perkongsian Fasha itu mendapat perhatian para pencinta kucing. Menurut mereka, sejak PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan ini mereka juga turut khuatir mengenai nasib kucing-kucing jalanan yang kelaparan.

Gambar yang dikongsikan oleh Fasha itu turut membuka mata ramai pihak agar mencontohi penghantar makanan Foodpanda tersebut dan lebih prihatin terhadap nasib kucing-kucing jalanan.

Rakan-rakan artis dan juga netizen turut mendoakan supaya rezeki penghantar makanan berkenaan dilimpahkan atas balasan niat baik beliau terhadap kucing-kucing jalanan. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan di entri yang dikongsikan oleh Fasha itu.

“Sebak pulak baca, susahnya semua orang sekarang. Termasuk kucing² jalanan mesti sedih ramai manusia cuti and tak keluar rumah, takde manusia yang bagi dorg makan” – Netizen

“saya sendiri wfh tak keluar rumah. sy ddk apartment, kalau turun bwh byk stray cats kelaparan. tkdpt turun hari2 tp tiap kali turun mmg bg dorg mkn. selalu restock melalui shopee. kesian dorg, dorg lapar sgt “ – Netizen

“last 3w sy stop rr tapah, subuh hari nmpk kucing keserongan, allahuakbar sy sedih sbb x ada makanan nak di beri & food court pun x bnyk yg buka. Dlm hati menyesal nya x bawak makanan kucing.

Spnjg perjalanan sy berfikir apa kucing tu nak makan kalau andai nya food court makanan x buka. Moral story yg sy dpt dari pic fasha sandha snap ni boleh dijadikan contoh utk sy & semua, bawa je makanan utk kucing follow cara adik food panda ni, dlm mencari rezeki die berkongsi rezeki dgn insan lain” – Netizen

“kalau keluar dri rumah..standby mknn kucing dlm bag..kalau tnampak kucing tepi jalan..blh bg mknn kucing tu..” – Netizen

Ketika semua orang menumpukan untuk membantu golongan keluarga yang terjejas akibat PKP dan pandemik yang sedang melanda negara ini, mujurlah masih ada yang prihatin akan nasib kucing-kucing jalanan seperti penghantar makanan Foodpanda ini. Mudah-mudahan cvd19 ini akan berakhir tidak lama lagi. Amin.

Sumber : ig fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!