“Maaf mana wife tak bawak ke” – Netizen

Kebiasaannya kemana sahaja suami akan pergi, pasti akan ada isteri disisi. Tetapi berbeza dengan selebriti tempatan yang sudah berkahwin, disebabkan kekangan dan kesibukan masing-masing mereka terpaksa akur untuk membuat hal sendiri buat seketika. Jika tak nampak bersama, ada sahaja persoalan yang bakal ditimbulkan sehingga membawa kepada seribu satu spekulasi dari kalangan netizen.

Pasangan yang masih boleh dianggap sebagai pengantin baharu ini sering menjadi perhatian ramai semenjak berita perkahwinan mereka yang telah mengejutkan industri hiburan. Remy Ishak dan isteri iaitu Ezza Yusof kedua-duanya pandai menyimpan rahsia tentang hubungan mereka berdua yang dianggap sebagai hal peribadi itu.

Malah sehingga sudah berkahwini kini, kedua-dua mereka jarang sekali mempertontonkan kemanisan bersama di laman Instagram atau media sosial yang lain. Hubungan yang diikat pada bulan Ogos tahun lalu ini pernah mematahkan hati ramai gadis yang tidak menyangka dengan berita mengejut dari Remy Ishak itu.

Kehadiran Remy Ishak ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran pihak Astro telah dipersoalkan oleh beberapa netizen yang tertanya-tanya akan ketidakhadiran Ezza Yusof disisi. Ramai yang menyalahanggap bahawa wanita yang berada di sebelah Remy ketika itu merupakan isterinya.

Dari perkongsian video yang dibuat oleh Remy Ishak di laman Instagramnya, ramai yang melontarkan soalan kepada Remy mengapa dia tidak mahu membawa isterinya bersama untuk menghadiri majlis rumah terbuka itu bersama-sama.

Ezza Yusof yang merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang fesyen dan mempunyai jenamanya sendiri sudah pasti sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai usahawan.

Malah, Remy Ishak juga ada menyebut dalam ruangan kapsyen video bahawa itu adalah rumah terbuka pertama yang sempat dihadirinya dek kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Penampilan terkini dari Remy yang berambut panjang juga telah berjaya mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sesuai dengan dirinya yang lebih terlihat kacak.

Malah ramai yang menganggap bahawa mungkin Remy kini sedang terikat dalam penggambaran sehingga terpaksa memanjangkan rambutnya itu.

Jika ada masa terluang, sudah pasti Ezza akan ikut dengan suaminya. Kekangan masa masih belum mengizinkan. Selepas berkahwin, mungkin ramai peminat yang teringin melihat pasangan suami isteri ini bersama-sama di khalayak umum sebab tu ramai yang bertanya kan.

Sumber: Instagram Remy Ishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!