“Finally dah lama tunggu Jad dan Arumi jumpa”- Netizen

Jika anda peminat setia drama Bisik-Bisik Gelora, sudah pasti tertunggu-tunggu setiap episod drama slot Akasia TV3 itu. Gandingan pelakon hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose yang memegang watak utama telah membuatkan penonton suka melihat lakonan mereka. Drama tersebut telah berjaya memikat hati penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik.

Bermula dengan jalan cerita yang menampilkan Redza sebagai Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar pada usia muda mereka. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin akhirnya.

Setiap babak mereka membuatkan penonton ternanti-nanti apabila mereka masih belum bertemu sesama sendiri selepas bertahun-tahun hilangnya Arumi dan Jad yang terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Akhirnya, Jad dan Arumi bertemu semula di episod 11 seperti yang telah diduga oleh penonton sendiri. Penonton pun dah tak sabar untuk melihat mereka bertemu semula setelah sekian lama asyik berselisih.

Part bila nak berjumpa semula je, mesti bersambung bak kata netizen hehe. Epiaod kali ini dah jawab segala teka teki keluh kesah netizen bila tengok drama ini.

Sebahagian babak Episod 11 telah dikongsi oleh Redza menerusi laman Instagramnya dan rata-rata netizen meluahkan perasaan mereka di ruangan komen.

Ramai netizen sudah berpuas hati apabila Jad dan Arumi akhirnya dapat berjumpa semula. Tak sabar pula nak tahu episod seterusnya.

Babak daripada episod 11 yang dikongsi Redza telah menerima 40,000 tontonan dan 200 komen sejak dimuatnaik 6 jam lalu.

“Jad tenung arumi tajamnya, jodoh tak kemana, finally jad dan arumi bertemu semula haih, jumpa pun asyik berselisih je geram aku”-Netizen

Agaknya macam mana lah next episod kan.. Apa lah yang Arumi dengan Jad akan buat lepas dah bertahun-tahun lamanya tak jumpa. Kalau dah jodoh memang tak kemana kan..

Sumber: Instagram redzarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!