“Let0p sgt baju nk g farm tp baju cantik syg kena lumpur”- Netizen

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.

Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung.

Selain daripada perniagaan produk kecantikan dan juga pakaian, Tokti juga turut mengembangkan perniagaan beliau dalam bidang makanan kesihatan buat golongan dewasa dan juga kanak- kanak. Tokti juga laris menjadi duta pelbagai produk di Malaysia.

Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan Tokti dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Menerusi perkongsian terbaru Tokti di Instagram, penyanyi kesayangan ramai itu turut berkongsi video dan beberapa keping gambar beliau bersama anak- anaknya Aafiyah dan Afwa hadir ke acara yang di anjurkan oleh pihak Farm Fresh.

Sebagai rekod, baru- baru ini, Tokti telahpun di lantik menjadi duta produk tenusu Farm Fresh yang juga merupakan penganjur utama rancangan hiburan Gegar Vaganza.

Tokti juga turut hadir ke konsert minggu Gegar Vaganza untuk menyanyikan lagu iklan komersial produk Farm Fresh berkenaan.

Nyanyian Tokti di puji ramai kerana persembahan Tokti untuk lagu berkenaan tidak ubah seperti beliau menyanyi di konsertnya sendiri.

Setelah selesai acara perasmian wakil utama Farm Fresh turut membawa Tokti untuk melawat ladang lembu di sekitar UPM.

Bagaimanapun pakaian yang di sarung oleh Tokti ketika itu di lihat agak tidak sesuai ketika melawati ladang lmbu berkenaan.

Apatah lagi pula Tokti memakai skirt labuh berwarna merah jambu yang agak labuh. Tokti juga kelihatan sentiasa memegang skirt labuhnya itu ketika berjalan melawati ladang lembu tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat juga berkongsi pendapat yang sama. Netizen juga turut berpendapat bahawa baju skirt labuh yang pakai oleh Tokti sangat ‘letup’ untuk di pakai ketika melawati ladang lmbu.

Walaubagaimanapun Aafiyah kelihatan sangat teruja dan ceria semasa sesi lawatan berkenaan. Tokti bersama anak- anaknya juga berkesempatan merakamkan beberapa gambar kenangan di ladang Farm Fresh tersebut.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!