“Lain macam der”- Alif Satar

Sebut sahaja penyanyi kumpulan Backstreet Boys, pasti terngiang-ngiang lagu popular mereka antaranya As Long As You Love Me yang menjadi lagu kegemaran ramai wanita di seluruh dunia suatu ketika dahulu. Memang layan habis bila dengar lagu-lagu daripada kumpulan popular ini. Siapa lagi favourite ‘boy band’ korang selain Backstreet Boys? Hehe..

Tidak terkecuali, pelakon dan pengarah popular Sheila Rusly pun layan lagu Backstreet Boys. Memang favourite lagu beliau sewaktu zaman muda remaja dulu kan..

Dengan berpakaian telekung sambil menulis sesuatu di dalam buku nota, Sheila meluangkan waktu lapangnya sambil mendengar lagu kegemaran beliau. Tengok gelagat beliau memang melucukan.

Walaupun sudah bergelar ‘nana’ kepada Bunga Elhaq, Sheila masih maintain berjiwa muda seperti biasa. Sporting habis…

Posting video yang dimuatnaik beliau menjadi tumpuan dan menerima komen dariipada rakan artis serta netizen. Rata-rata netizen turut berkongsi perasaan yg sama apabila mereka juga menyukai lagu-lagu Backstreet Boys seperti Sheila.

Sementara itu, melihat perkembangan beliau di Instagram menunjukkan beliau cukup rapat dengan cucu pertamanya Bunga. Nampak penyayang dan sangat mengasihi Bunga. Layanan Sheila buat menantunya, Elisya Sandha pun membuatkan netizen suka melihat keperibadian Sheila.

Video Sheila yang baru dimuatnaik itu telah menerima 200,000 tontonan dan 300 komen daripada netizen

Komen daripada Alif Satar juga menerima perhatian daripada Sheila sendiri dan juga daripada netizen. Sempat lagi Alif mengusik Sheila ya..

Komen daripada Alif menerima 20 tanda suka daripada netizen yang melihatnya dan menerima respon daripada Sheila juga.

Tenang je tengok Sheila Rusly layan lagu Backstreet Boys. Lagu legend tu, dah banyak lagu hafal dah..

Sumber: Instagram sheilarusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!