“Keadaan terkini Zamani, amanah sudah Pak Nil sempurnakan”-Pak Nil

Populariti penyanyi Zamani cukup luar biasa dari dahulu sehinggalah kini. Bermula dengan kariernya bersama kumpulan Slam sehinggalah bergerak solo, beliau tetap menjadi pujaan hati ramai peminat dengan lagu-lagu nyanyiannya. Tak dinafikan, Zamani memiliki vokal yang cukup bagus dan masih bernyanyi dengan baik. Namun beliau disahkan menghidap penyaakit Skoliosis iaitu penyaakit tulang belakang sejak 2015.

Desas-desus tentang status kesihatan Zamani yang semakin teruk membuatkan ramai peminat ingin tahu keadaan kesihatan beliau yang terkini.

Baru-baru ini, Dato Aznil Haji Nawawi atau dikenali sebagai Pak Nil telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan keadaan terkini Zamani dan temubual bersama beliau. Video selama 12 minit itu telah menyentuh hati ramai netizen yang melihatnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan badan Zamani sangat kuurus dan sedikit tidak bermaya seperti sebelum ini.

Dalam sesi temubual Pak Nil bersama Zamani, Zamani sendiri memberitahu kos rawatan bagi penyaakit yang dialaminya itu banyaknya daripada hasil duit persembahan beliau. Zamani juga akui, tidak mahu meminta-minta daripada orang ramai.

Namun siapa sangka, Pak Nil yang berhati mulia sanggup membuka tabung kutipan untuk bantu kos rawatan Zamani. Tabung kutipan yang diperoleh daripada rakan selebriti dan rakyat Malaysia akhirnya telah mencapai kutipan sebanyak RM120,000.

Ujar Pak Nil, dalam masa dua hari beliau sudah menerima kutipan dalam jumlah yang disebutnya itu. Pemurah hati rakyat Malaysia dan bukti mereka sangat menyayangi Zamani.

Sementara itu, video dimuatnaik Pak Nil berkenaan telah mencapai 90,000 tontonan dan 160 komen.

Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Zamani dan ada juga sebahagian netizen memuji sikap mulia Pak Nil yang membantu Zamani dengan cukup ikhlas.

Terima kasih banyak-banyak kepada Pak Nil, banyak bantu artis-artis veteran yang memerluukan bantuan. Semoga Allah sentiasa merahmaati Pak Nil dan semoga Zamani diberikan kesembuhan.

Sumber: Instagram Aznilnawawihm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!