“Lagu apa tu ulang2 banyak kali” – Netizen

Memang seronok jika sesama pasangan berkongsi bakat dan minat yang sama. Pasti kurang perbalahan dan selisih faham kerana masing-masing pun sudahpun faham dan mengerti. Lebih-lebih lagi buat pasangan selebriti yang kedua-duanya merupakan artis juga pasti sudah mengerti dengan tugasan harian masing-masing dalam kerjaya hiburan. Maka tiadalah keraguan dan perasaan curiga jika pasangan sibuk bekerja sehari-hari.

Pasangan selebriti sama cantik sama padan ini sudah mendapat perhatian ramai sejak mereka mula menjalin hubungan percintaan lagi. Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah ini memang berbakat dalam bidang nyanyian khususnya. Selain berkongsi aktiviti harian, mereka berdua juga sering berkongsi video nyanyian bersama  di media sosial.

Walaupun berbagai ujian dan rintangan yang telah dihadapi oleh mereka berdua, kini hubungan suami isteri ini dilihat lebih mesra ditambah pula dengan keceriaan kedua cahaya mata tercinta. Peluang kerjaya buat kedua pasangan ini juga telah terbuka lebih luas dari sebelumnya yang tidak hanya tertumpu dalam nyanyian sahaja malah kini dalam bidang lakonan juga.

Jika dahulu hanya mampu bernyanyi bersama di hadapan kamera di rumah, Aliff Aziz dan Bella Astillah kini telah berjaya menjadi rakan duet di pentas besar pula. Lagu terbaru yang bertajuk Tetap Disini ini merupakan lagu duet  pertama dari pasangan serasi ini.

Lagu yang baru sahaja dilancarkan hari ini telah dipuji ramai kerana suara lunak dari pasangan ini yang memang diminati. Namun, bait lirik pada keseluruhan lagu Tetap Disini ini telah dipersoalkan oleh netizen yang kurang berpuas hati dengan hasil akhir lagu ini.

Aliff Aziz dan Bella Astillah juga telah memilih  pentas Meletop bagi pelancaran lagu pertama mereka berdua itu. Video persembahan yang dibuat pada malam semalam telah dimuatnaik oleh pihak Meletop di Instagram mereka dan disitulah bermulanya komen negatif dari para netizen bermula.

Lirik lagu yang dikatakan diulang berkali-kali sehingga tamat lagu telah membuat ramai yang mempersoalkan kejayaan ciptaan lagu ini.

Pemilihan penyanyi yang betul namun lirik yang ringkas dan berulang telah mengundang komen negatif dari para netizen di ruangan komen.

Memang seronok dengar lagu terbaru dari Aliff Aziz dan Bella Astillah. Mungkin pihak penulis lirik dapat memperbaiki lagi hasil tulisan lirik agar dapat menarik lebih ramai pendengar dan pencinta muzik tanah air.

Sumber: Instagram Meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!