“Kuatnya El layan anak main slide time pregnant” – Netizen

Detik-detik menjalani proses mengandung dan melahirkan anak di dalam rahim sendiri merupakan detik yang paling berharga sekali buat semua ibu di dalam dunia ini. Merasai sendiri pergerakan bayi di dalam perut, tendangan sehingga masuk ke detik melahirkan merupakan masa yang paling berharga dan bukan semua orang mampu merasai perkara itu.

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri kini diberikan rezeki lagi untuk merasai pengalaman menjadi ibu mengandung buat kali kedua. Melahirkan putera sulungnya Muhamad Rayyan Khalaf yang kini sudah kian membesar pada tahun 2019 yang lalu, Elfira Loy turut berkongsi kepada para peminat sebelum ini betapa bersyukurnya apabila mengetahui berita baik ini apabila diberikan peluang untuk mengandung sekali lagi.

Anak kedua daripada lima adik beradik ini memang sudah terkenal dengan kelincahannya sejak dulu lagi. Lebih-lebih lagi apabila Elfira sendiri sudah mula dikenali sejak kecil sejak membintangi drama Tentang Bulan The Series yang memegang watak sebagai Zarina ketika itu.

Walaupun kini sudah bergelar isteri dan juga ibu, kelincahannya itu ternyata tidak berubah dan masih sama seperti dahulu. Memuatnaik video terbaru di laman Instagramnya, dia berkongsi detik-detik manis bersama anak tersayang iaitu Rayyan yg sedang bermandi-manda bersama ibunya itu.

Mengingati keadaan Elfira yang kini sedang sarat mengandung anak kedua, ramai peminat dan netizen yang terkejut melihat aksi Elfira bermain gelongsor air sambil memangku anak sulungnya itu.

Ramai peminat dan netizen yang menasihati dan mengingatkan Elfira untuk sentiasa berhati-berhati dan menjaga langkah di ruangan komen video tersebut.

Ini bagi mengelakkan apa-apa perkara buruk akan terjadi kepadanya kerana sudah sedia maklum taman tema air seperti itu sudah semestinya licin dan berb4haya untuk situasi Elfira yang kini sedang berbadan dua.

Bukan itu sahaja, ruangan komen juga turut dipenuhi dengan peminat dari Rayyan Khalaf yang sangat mengagumi kecomelan dan memuji kecantikan kulit Rayyan yang sangat bersih. Ramai juga yang menyedari bahawa kini Rayyan sudah lebih mirip dengan ibunya lebih-lebih lagi pada bahagian kening yang cukup tebal.

Pengalaman mengandung dari anak pertama sedikit sebanyak pasti sudah memberi banyak pengajaran dan pembelajaran buat Elfira untuk sentiasa menjaga keselamatan dirinya juga bayi dalam kandungan.

Tiada ibu yang sengaja untuk memb4hayakan anak sendiri dan semestinya niat Elfira hanya untuk membahagiakan putera sulungnya yang comel itu.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!