“Kuatnya datin hempuk”- Hafiz Hamidun

Gelagat pasangan usahawan popular Datuk Aliff Shukri dan Datin Shahida semakin melucukan tatkala mereka berkongsi video di Instagram. Aliff dan Shahida kini sentiasa berkongsi video mengenai realiti sebenar pasangan suami isteri yang kita sendiri turut lalui. Malah lebih melucukan apabila melihat gelagat Aliff dan Shahida menerusi video tersebut.

Jika kita lihat sekarang, banyak video Aliff berlakon bersama isterinya dikongsi di Instagram berbanding dahulu. Video mereka antara yang dinanti-nantikan oleh ramai netizen.

Termasuklah video terbaru yang telah dimuatnaik Aliff baru-baru ini, sekali lagi menghiburkan netizen dengan gelagat suami isteri ini.

Mereka berkongsi satu video mengenai realiti kehidupan pasangan suami isteri iaitu situasi suami isteri ketika menonton drama televisyen. Apa yang menghiburkan netizen apabila gelagat Shahida dengan selambanya ‘menghempuk’ suaminya dengan bantal selepas berkali-kali ditolak Alif. Haaa sekali kena terus pengsan Alif hehe..

Melihat gelagat Shahida yang selamba itu, ramai terhibur termasuklah ibu mertuanya sendiri iaitu Bonda Rozita dan kakak iparnya Yatie Kamarzaman. Netizen lain yang melihat pun turut sama terhibur melihat suami isteri yang popular ini.

https://www.instagram.com/p/CbU-wVZAMyk/

Sementara itu, video yang dimuatnaik menerusi Instagram Aliff telah menerima tontonan sehingga 800,000 tontonan dan pelbagai reaksi oleh netizen di ruangan komen.

Rata-rata suka melihat video tersebut dan akui lebih suka mengikuti perkembangan usahawan viral ini yang sekarang.

Mengikuti perkembangan Aliff dan Shahida, mereka banyak mempromosikan produk tudung AS Hijab milik mereka. Produk mereka dilihat sentiasa menerima sambutan daripada netizen dan peminat mereka semenjak mempromosikan tudung di Instagram dengan teknik marketing mereka yang tersendiri.

Kalau tengok setiap video yang dikongsi Aliff atau Shahida sendiri, banyak yang mereka mempromosikan tudung AS Hijab di setiap posting video. Kreatif suami isteri ini.

Suka betul tengok video Datuk Aliff Syukri dengan Datin Shahida sekarang. Nampak romantik pasangan suami isteri ini. Ramai suka tengok Datuk Aliff Syukri yang sekarang, lebih positif dan lebih happy gitu hehe..

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!