“Knp diangkut rantai emas tu ke hulur ke hilir ya”- Netizen

Sebut nama usahawan popular, Dato Seri Vida pasti sudah terbayang diri beliau yang sangat gilakan barang kemas. Melihat perhiasan emas yang dipakai oleh beliau, sudah terang lagi bersuluh beliau seorang yang mampu beli emas sehingga cecah puluhan ribu. Tidak dinafikan, emas adalah perhiasan yang menjadi kegilaan ramai wanita masa kini.

Pelbagai jenis bentuk perhiasan emas yang kita dapat lihat di kedai mahupun di laman sosial media.

Vida antara usahawan yang sentiasa memperagakan barang kemas miliknya setiap kali di majlis keramaian. Nampak mewah sekali Vida dengan perhiasan emasnya.

Malah baru-baru ini, beliau menghadiri satu majlis perkahwinan dan memuatnaik video beliau di majlis tersebut di Instagram.

Menerusi video tersebut, busana yang ringkas dan cantik dipakai oleh Vida telah menerima pujian daripada netizen.

Netizen akui, Vida lebih tampak cantik berseri apabila memakai pakaian yang ringkas dan satu warna sahaja.

Namun ada juga sebahagian netizen menegur Vida yang kelihatan tidak sesuai membawa sekalung rantai besar ketika di majlis perkahwinan rakannya.

Netizen berpendapat, tiada motif atau tujuan yang baik untuk membawa rantai emas besar itu seperti dilakukan oleh usahawan itu. Walau bagaimana pun, hanya Vida sahaja yang tahu tujuannya.

Selain itu, posting video tersebut telah menerima tontonan yang ramai sehingga mencecah 238,000 tontonan. Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen.

Kali ini, nampak cantik dan ayu sungguh Dato Vida bila pakai busana berwarna krim. Paling penting, emas kat tangan tu tak lepas langsung hehe.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!