“Kita baru nak sweet2 dgn dia, hampeh betul” – Eiraa Syazira

Kalau tak mengusik pasangan untuk menceriakan suasana tentulah agak suram juga rumahtangga jadinya. Setidak-tidaknya kalau salah seorang ‘masuk air’ atau pandai mengambil hati pun dah bersyukur. Macam pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin atau mesra dipanggil Pak Azad ini. Lihat saj4lah perkongsian terbaharu video dikongsikan Eira ini. Kita yang melihat pun mesti ramai tersenyum.

Apa tidaknya, dalam hantaran Eira, terlihat dirinya ‘dibvli’ Azad yang menenggelamkan tubuhnya di sebuah kolam renang apabila ‘memanjat’ bahu isterinya itu. Memang macam nak lem4s saja…

Netizen yang tengok pun naik risau, bahkan tak kurang bersetuju jika suami masing-masing melakukan perkara sama, mungkin macam nak pvtus ny4wa juga dibuatnya. Pasti netizen juga mahu mengusik.

“Anniversary i jgk today. Arini je dia tak bvli i. Hari2 lain dia bvli”, “ini kan anniversary.. lucu sungguh la…”, “Isshhhh laaaaaa…”, “Kurang asam pak Azad hahaha”, “Ini baru betoi beras kita beli:. Hahahahaah.. berani btoi dia ghabat ataih bini dia.. pak azad laaa”. Itu antara komen netizen.

Ramai tak sangka, sampai macam tu sekali Pak Azad ‘buat’ Eira. Kesian sungguh member… Seperti coretan di kapsyen hantarannya itu, kata Eira dia baru nak manja-manja, sekali kena macam tu pula… Adeh…

Difahamkan mereka ke suatu percutian sempena ulang tahun perkahwinan mereka berdua. Patutlah Eira nak manja-manja sekali ha… hambek kau. Apapun yang pasti Pak Azad sudah tentu sayangkan sangat isterinya itu.

Rasa-rasa kalau bini tak manja ada tak encik suami nak buat macam Azad ni? Yang pasti usik-menguik itulah yang mengeratkan hubungan pasangan yang telah dikurniakan tiga cahaya mata ini bukan.

Eira memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2002 telah diberi peranan utama dalam siri drama Assignment dan seterusnya muncul dalam Meniti Bara yang diadaptasi daripada filem Bara arahan Datuk Yusof Haslam.

Selain lakonan, Eira juga berbakat dalam muzik. Dia pernah merakamkan lagu “Istana Cinta” untuk drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Balqis dan melancarkan album sulungnya Di Hati Ini, terbitan syarikat rakaman FGM.

Eira mendirikan rumah tangga dengan Azad pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan name Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Sumber : IG Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!