“Betul lah saya nak kahwin”- Dato Vida

Jodoh, ajal dan maaut seseorang adalah ketentuan Allah SWT. Setiap orang ada jodoh mereka sendiri dan sudah tentu kita menginginkan jodoh dari kalangan orang yang baik. Namun jodoh tidaklah datang bergolek sahaja, kita juga perlu usaha untuk meluaskan pergaulan. Dengan bergaul dengan ramai orang, pasti kenalan semakin bertambah dan berpotensi untuk dapat jodoh.

Bercerita tentang jodoh, baru baru ini muncul desas desus mengatakan usahawan terkenal Dato Seri Vida bakal berkahwin bersama bekas pembantu peribadinya tidak lama lagi.

Namun, Dato Vida telah menjelaskan perkara sebenar menerusi laman Instagramnya.

Dato Vida memberitahu, buat masa ini beliau belum berfikir untuk berkahwin kerana ingin mengutamakan anak-anaknya terlebih dahulu.

Bagi Dato Vida, jika ada jodoh sekali pun beliau hanya mahukan bakal suami yang setaraf dengannya sahaja dari segi umur, pengalaman dan berharta. Sebelum ini, Dato Vida telah berkahwin sebanyak tiga kali namun jodohnya tidak berkekalan.

Menerusi posting Instagram Live yang dikongsi oleh Dato Vida hari ini, beliau menyatakan niat untuk berkahwin sebetulnya memang benar cuma perlu mengambil masa.

Rata-rata netizen kelihatan teruja dan gembira jika Dato Vida bakal berkahwin selepas bertahun-tahun bersendirian tanpa pasangan. Ada juga sebahagian netizen bercadang supaya Dato Vida kahwin secepat yang mungkin untuk mempunyai teman hidup.

Posting video Instagram Live yang dikongsi oleh Dato Vida di IGTV telah mencuri tumpuan dan ditonton sehingga 10,000 tontonan.

Video tersebut juga bertujuan untuk mempromosikan produk-produk jualan perniagaan Dato Vida selepas bercerita mengenai khabar angin berkenaan Dato Vida bakal berkahwin.

Kita doakan semoga Dato Vida cepat-cepatlah kahwin ye, mana tahu jodoh sampai awal kan. Semoga dipermudahkan buat Dato Vida.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!