“Kenapalah korg tulis mcm ni dik, jenuhla akak satu fmly dgr dia menyanyi nnt 24 jam” – Datin Shahida

Beberapa minggu lalu Dato Aliff telah mengumumkan bahawa beliau akan tampil dengan sebuah lagu raya baru tahun ini. Bagaimanapun setelah Dato Aliff memuatnaik teaser lagu berkenaan untuk tatapan para peminat, netizen mengambil kesempatan untuk mengkritik Dato Aliff kerana suara Dato Aliff yang kurang menyenangkan walaupun masih belum menonton video klip mahupun mendengar lagu tersebut sepenuhnya.

Respon netizen berkenaan membuatkan Dato Aliff sedikit berkecil hati namun tetap tidak berputus asa dan meminta netizen menunggu terlebih dahulu kemunculan video klip lagu tersebut. Awal minggu ini sekitar hari isnin yang lalu Dato Aliff secara rasmi telah memuatnaik video klip penuh lagu raya beliau di saluran youtube.

Disebalik kritikan yang beliau terima, jumlah tontonan bagi lagu raya tersebut bagaimanapun begitu memberansangkan dan menjadi tular dalam masa beberapa hari.

Perkara berkenaan membuatkan Dato Aliff merasa gembira kerana berjaya memikat para pendengar dengan lagu raya tersebut.

Menerusi Instagram, Dato Aliff telah memuatnaik sekeping tangkap layar perkongsian seorang individu di twitter yang memuji beliau kerana tidak melnggar SOP di kala golongan kayangan yang lain berkali kali telah melnggar SOP.

Individu tersebut juga berkata walaupun Dato Aliff menerima kecaman kerana suaranya namun beliau masih tampil dengan lagu raya baru buat rakyat Malaysia.

Disebabkan itulah individu berkenaan setuju untuk memanggil Dato Aliff sebagai penyanyi no 1 negara.

https://www.instagram.com/p/COkTWGmp8tZ/?igshid=mhhjflrdxzmg

Pujian daripada individu tersebut membuatkan Dato Aliff merasa seakan tidak percaya kerana telah di letakkan sebagai penyanyi no 1 negara. Kata Dato Aliff lagi beliau merasakan seolah bermimpi menerima gelaran penyanyi no 1 negara.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mngalkan komen berbaur sindiran dan terhibur dengan reaksi Dato Aliff Syukri yang merasa amat bangga dan teruja apabila menerima pujian daripada individu berkenaan yang mengatakan bahawa beliau layak di angkat sebagai penyanyi no 1 di Malaysia.

Sesiapa pun pasti akan merasa bangga dan gembira sekiranya dipanggil sebagai penyanyi no 1 negara. Tambahan pula gelaran berkenaan diberikan oleh seseorang yg tidak kita kenali dan ikhlas memberikan pujian.

Gembira bukan kepalang dibuatnya Dato Aliff setelah semakin ramai yang menunjukkan penghargaan terhadap lagu nyanyian beliau itu.

Tidak hairanlah lagu Dato Aliff begitu popular dan semakin trending di saluran youtube.

Sumber: Instagram dato aliff syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!