“Kena nyanyi dulu, ibu ni suka nyakat Azal ye haha” – Netizen

Sememagnya ragam anak kadang-kadang menjadi penghibur hati orang tuanya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak-anak manja bak kata orang anak mak. Ikut saja ke mana mak nya pergi, ke sana ke sini, tak renggang. Sekurang-kurangnya dapat lah juga menemani ibu ke mana mereka pergi. Untung jika mempunyai anak-anak sebegitu.

Begitulah juga dengan Zarina Zainuddin, kita sudah cukup kenal dengan gelagat anak nya yang comel tu yang bernama Azal. Tak pernah tak upload gelagat anaknya itu di Instagram. Ada saja ragamnya untuk membuat netizen terhibur.

Zarina yang memuat naik video beliau dengan anaknya itu ketika berhenti makan di kedai makan dalam perjalannya ke Johor. Beliau sengaja bergurau dengan ahhs, tapi merajuk pula Azal tu, terus bangun nak balik rumah sebab katanya ibu tak kasi ikut ke Johor.

Zarina yang terus memujuk kembali Azal , dan bila ditanya sayang ibu tak  ? Anak mana je tak sayang ibu kan? Mestilah di jawab sayang ibu 100 persen. Betul-betul sayang tu. Zarina pun apa lagi, terus menyakat anaknya itu disuruhnya menyanyi lagu legend “Seratus percent cintaku”.

Kalau anda peminat setia Zarina, pasti sudah terbiasa melihat gelagat si ibu dan anak ini. Comel nya dua-dua ini. Pun begitu, kita dapat melihat ketabahan ibu ini dalam menjaga anak istiewa nya. Sememangnya Zarina seorang ibu yang tabah.

Kasih sayang ibu kepada anak tidak terbelah bagi, jika juga dengan anak yang tidak terbalas jasa kepada ibunya. Sebab itulah kita perlu menghargai setiap seorang ahli keluarga dengan memberi kasih sayang kepada kita.

Antara komen netizen “Sian Azal.. kak ina ni.. tp comel”, “Seronok dan terhibur lihat gelagat ibu dan anak bujangnya ni”, “Pagi2 dah diajak ketawa sama Azal” dan sebagainya, memang tak kering gusi melihat telatah dua anak-beranak ni.

Dapat juga dijadikan tips kepada kita berkenaan parenting skills, para netizen juga banyak yang berkongsi pengalaman mereka di ruang komen. Memang tidak dapat dinafikan bahawa menjaga seorang anak adalah tanggungjawab yang besar.

Mereka dalam perjalanan ke Johor bagi mengikuti Propa.event, dan Zarina juga ada menjual produknya di sana. Kalau anda berada berdekatan dengan Johor atau sekitarnya, boelhlah berjumpa dengan Zarina dan Azal di sana.

Sumber : Ig Zarinazainuddin_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!