“Amboi kemain anak daghaaa soghang ni” – Netizen

Aisyah Dhia Rana merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Kejelitaan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta telah menjadi sebutan ramai sejak beliau muncul di kaca TV menerusi penampilan beliau di dalam drama Diari Ramadhan Rafique pada tahun 2006.

Pelakon yang sudah meniti usia 50an ini masih lagi jelita seperti tidak dimamah usia walaupun usianya sudah menjangkau separuh abad.

Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi tumpuan ramai-ramai lebih-lebih lagi apabila si kecil itu sudah mula bergaya daripada kecil lagi.

Kini Aaisyah sudah memasuki usia lapan tahun dan semestinya si kecil itu sedang meniti alam kanak- kanak pula setelah mula bersekolah rendah. Bermacam-macam aksi comel Aasiyah yang dapat kita lihat daripada dulu hingga kini.

Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah sentiasa menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan dan meraih perhatian para pengikut beliau di Instagram.

Berkongsi satu video terbaru di Instagram, gelagat Aaisyah menyapu bedak dan pemerah pipi di dalam kenderaan yang di muatnaik oleh ibunya di instagram meraih perhatian para peminat.

Jelas Che Ta, sementara menunggu usahawan Anas untuk menambah inai di j4ri anaknya, Aaisyah menambaik baik solekannya terlebih dahulu.

Aaisyah yang tidak kekok menggunakan peralatan bersolek itu ‘meminjam’ bedak dan pemerah pipi ibunya untuk membetulkan solekan di dalam kenderaan.

Netizen memuji wajah cantik Aisyah yang mewarisi kejelitaan ibunya. Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya. Bagaimanapun gelagat Aaisyah itu cukup mencuit hati netizen dan membuatkan para peminat terhibur

Menjengah keruangan komen, gelagat Aaisyah berkenaan mencuit hati netizen. Rata- rata netizen terhibur dengan gelagat Aaisyah menyapu solekan di wajahnya itu dengan cara yang sangat professional meskipun baru meniti usia 8 tahun. Berikut pula di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian video Che Ta berkenaan.

Anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana ini sememangnya sudah dikenali ramai semenjak dari kecil lagi kerana mengikuti sikap ibunya yang gemar bergaya dan menjaga penampilan ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu jugalah yang boleh dikatakan mengenai Aisyah.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!