“Kemain posing rupanya video nyah haha”- Netizen

Bak kata orang-orang, perempuan dan OOTD memang berpisah tiada. Mesti geram saja rasanya bila kita minta tolong orang untuk ambilkan gambar, tetapi gambar tersebut tidak seperti apa yang kita inginkan. Cara mengambil gambar dengan sudut yang betul juga harus dititikberatkan. Kerana jika tidak betul, pasti postur badan terlihat kurang menarik dan terpaksalah kameraman menjadi m4ngsa untuk mengambil gambar sekali lagi.

Sebagai seorang artis terkenal, berkongsi gambar-gambar terbaru semestinya merupakan perkara yang penting buat diri Nur Fazura ini. Update semasa pasti akan dikongsikan oleh dirinya di laman sosial Instagram terutamanya buat tatapan peminat yang sentiasa menanti.

Sejak berkahwin pada tahun 2017 yang lalu, Fazura kini kurang aktif dalam bidang hiburan. Ini kerana dia memang sibuk dengan perniagaan miliknya yang menjual pelbagai aksesori wanita serta tudung yang sentiasa mendapat sambutan hangat kerana terkenal dengan harga mampu milik atau dipanggil marhaen itu.

Dengan kehadiran puteri sulungnya bersama Fattah Amin, dia kini lebih sering berkongsi moment-moment kebersamaan mereka sekeluarga. Nur Fatima Aisya kini malah lebih popular berbanding kedua ibu bapanya itu.

Sebelum berhijab, Fazura merupakan model terkenal kepada jenama-jenama besar dan tentunya dengan pengalaman itu dia sudah tidak kekok lagi berada di hadapan kamera. Namun, kejadian sewaktu dia sedang posing ini memang lain dari yang selalu dia hadapi sewaktu menjadi model dahulu.

Dengan gigihnya Fazura telah memperagakan posing terbaik untuk diambil gambar namun ternyata posing tersebut hanya sia-sia apabila kameraman yang dilantik telah membuat kesilapan dengan mengambil video pula.

Ramai yang merasa lucu dengan perubahan drastik mimik muka yang dibuat oleh Fazura pada akhir video. Peminat turut memuji penampilan Fazura yang sentiasa dilihat simple namun menyerlahkan lagi kecantikan semula jadinya itu.

Suka sangat tengok Fazura yang tak pernah berlebih-lebih dalam penampilannya walaupun dia merupakan artis terkenal negara. Siapalah gerangan yang salah ambil video Fazura tu. Agak-agaknya dia kena marah tak ya dengan Fazura lepas tu.

Sumber: Instagram Nur Fazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!