“Kemain laju dak Darda oi, abang knp xda mood tu”- Netizen

Siapa di sini yang suka  teman anak-anak kesayang nya pergi ke taman untuk melakukan aktiviti riadah ? Sudah pasti semuanya pasti pernah teman anak-anak mereka pergi ke sana, paling kurang pun seminggu sekali. Yelah, anak-anak pun perlu masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti sebegitu. Sudah pasti mereka suka kan.

Apa salahnya kita teman mereka bermain sana sini, setelah seminggu tiap hari bekerja kan. Sudah pasti mereka akan gembira dan berpuas hati dek kerana happy dapat main taman. Tak perlu susah-susah pergi taman yang jauh-jauh pun takpa, pergi taman permainan yang dekat dengan rumah pun sudah mencukupi.

Kalau ada masa dan duit lebih bolehlah bawa mereka ke taman permainan seperti legoland, taman tema air dan banyak lagi. Cuba korang senaraikan taman tema yang korang pernah pergi. Banyak kan yang ada dekat dalam negara kita ni.

Ada dimuat naik video anak-anak kepada Abby Abadi yang sedang seronok bermain di taman permainan. Syok betul tengok diorang semua ni, satu sorang tau ada scooter mainan tu. Bolehlah main lumba-lumba lepasni kan, hehe. Abang, akak dan juga adik.

Tapi, yang sangat menarik perhatian nya adalah dek kerana melihat telatah si kecil yang bernama Darda tu. Part yang paling lucu nya adalah ketika kita semua tengok Darda yang bermain scooter, bukan main laju lagi eh dia tolak scooter tu. Memang comel betul tau dik oi.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat si kecil tu. Hati-hati Darda, jangan laju-laju sangat dik, risau nanti jat0h. Tak pasal-pasal nanti nangis pulak si kecil comel ni. Manakala, si abangnya pula Dayyan kelihatan seperti takda mood nak main scooter, adik je happy lebih eh.

Banyak tau permainan yang mereka main, kita yang tengok ni pun turut terhibur dengan gelagat anak-anak kepada Abby tu. Bukan main aktif lagi eh si kecil Darda tu, boleh tahan kelincahan dia, sama juga dengan kakak kesayangan nya yang bernama Dayana tu. Habis semua game diorang main, aktif sangat ni nanti penat pulak kan. Hehe.

Sesudah selesai bermain, dapat upah makan roti pula. Comel betul tiga orang beradik tu ye, happy sangat. Yelah, budak-budak bila dah seronok bermain, mesti lah nak dapat upah roti pulak kan, sebabtulah mama kasi upah roti dekat semua. Kalau anak korang suka upah apa ?

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa adalah penting untuk meluangkan masa bersama anak-anak pada hujung minggu. Mereka pun nak rasa seronok dapat main taman, atau apa-apa saja sukan yang mereka suka.

Kalau ibu bapa rasa malas nak layan anak mereka main dekat taman tu, tidak salah pun jika kita hanya pantau anak-anak kita di bangku tepi tu kan ? Betul tak ?

Sumber : Ig Mamayebbyyabadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!