“Keluar bunyi Perak tu haa, ruupe rupenya”- Netizen

Sememangnya bakat-bakat anak kecil ni memang tak dapat dinafikan lagi, kalau dah nampak bakat dan kecenderungan mereka sejak di usia kecil, lebih baiklah kita support mereka. Mana taknya, jika iainya akan menjadi suatu kerjaya mereka nanti, minat dah ada, cuba gilapkan lagi je kan. Betul tak ?

Korang perasan tak anak-anak korang semua minat apa ? Kalau iainya membawa manfaat, apa salahnya terus kita gilapkan lagi bakat tersebut. Hantar saja mereka ke kelas dan cara inisiatif untuk kembangkan bakat tersebut.

Seperti yang kita ketahui, Tokti adalah penyanyi sangat tersohor tanah air mahupun antarabangsa. Siapa je tak kenal beliau kan, rasanya semua sudah cukup mengenali beliau dan juga ahli keluarga nya. Pandai menyanyi semua nya.

Ada dimuat naik video Tokti dan juga Ara si kecil comel. Mereka yang sedang menyanyikan lagu Marsha Milan yang berjudul Cinta. Mesti ramai yang tahu lagu tu kan, semenjak iainya viral ketika masuk AJL dulu. Korang tengok Marsha perfom ?

Siapa sangka, Ara pun tahu lagu tau. Ingatkan orang besar je tahu, rupanya budak kecik pun tahu dan siap hafal lirik lagi tau.

Yelah, dah kalau ada kena mengena cucu kepada Tokti tu, memang dah keturunan hebat menyanyi, sebabtulah Ara pun hebat menyanyi.

Gelagat di mana Tokti yang mulakan nyanyian lagu Cinta tersebut, kemudian disuruhnya Ara menyambung nyanyian tersebut. Haa, part Ara menyanyi tulah yang paling menarik tumpuan para netizen, kalau Tokti nyanyi kita dah tahu auto merdu.

Bila tiba turn Ara menyanyi, teruja sangat kerana dia menghafal satu-persatu lirik lagu tersebut tau. Tapi, yang paling kelakar nya, ada part “rupa-rupanya” tu. Bila Ara nyanyi part tu, dah gaya macam orang Perak yang nyanyikan.

Dinyanyi nya “Ghupe-ghupenya”. Aduhai, part ni memang kelakar sungguh ya. Terbahak-bahak dibuatnya. Dan di pengakhiran part tu juga, bukan main rock betul dia nyanyikan, gan4s betul penyanyi kecik comel ni.

Konfiden Ara ni memang terbaik tau, yakin je dengan nyanyian dia tu. Tapi, tak dapat dinafikan bahawa sangat teruja tau tengok Ara nyanyi berduet dengan Tokti, bukan apa, walaupun masih kecil, tapi dia hafal lirik tau.

Sumber : Ig Azzaharjiwaasyraf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!