“Tak sesuai langsung imej bertudung tapi pel0k2 mcm tu”- Netizen

Pelakon Zul Ariffin sememangnya popular dalam kalangan wanita. Dengan wajah yang kacak dan berbadan tegap, Zul Ariffin antara lelaki idaman bagi peminat-peminat wanitanya. Malah sehingga kini, Zul Ariffin yang berstatus bujang masih tiada ura-ura mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dan ramai masih berteka teki siapakah teman wanita kepada pelakon Sangkar ini.

Namun baru-baru ini, Zul Ariffin menjadi bualan hangat netizen selepas aksi mesra dan romantik dirinya bersama seorang wanita dalam sebuah video telah menerima banyak teguran oleh netizen.

Menerusi video iklan yang bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk bengkung itu menunjukkan Zul mesra berpegangan tangan serta mendukung wanita tersebut.

Zul yang juga merupakan duta bagi produk bengkung tersebut dikatakan memegang watak sebagai teman lelaki kepada wanita bertudung berkenaan.

Walau bagaimana pun, ramai netizen mengkritik Zul dan wanita itu gara-gara aksi mesra mereka berdua yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum.

https://www.instagram.com/tv/CYRcVEVlsZF/?utm_medium=copy_link

Video iklan yang dimuatnaik di laman Instagram Zul telah menerima lebih 100,000 tontonan dan ratusan komen daripada netizen.

“Tak sepadan lah perempuan tu dengan zul, carilah yang muda dan cantik”- Netizen

“Betul ke atau iklan sahaja, kalau betul nak kahwin semoga dipermudahkan”-  Netizen

Kita doa yang baik-baik sahaja buat Zul Ariffin. Mungkin tujuan untuk mempromosikna produk kan..

Sumber: Instagram Zulariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!