“Kawan kat sebelah tu mcm dah mengantuk ja haha” – Netizen

Menjalani kehidupan berumahtangga pasti ada manisnya. Buat pasangan yang baharu melaluinya tentu ramai mengakuinya. Jika masih bujang dahulu, ibu bapa dan adik beradik jadi tempat meluahkan rasa, bila bernikah, pasangan pula jadi ‘sandarannya’. Itu jua antara yang dikongsikan selebriti baharu melayari bahtera perkahwinan hampir setahun lalu, Heliza Helmi dan pasangannya, Mahadi Badrul Zaman.

Bagi peminat dan pengikutnya sudah tentu maklum akan kehidupan Heliza sebelum ini yang aktif bukan sahaja dengan aktiviti seninya sejak bergelar artis, bahkan dia juga rancak dalam kegiatan NGO kemanusiaan.

Agak mencuit hati juga perkongsiannya kali ini apabila Heliza menampakkan yang dirinya rancak bercerita tentang aktiviti misi sumbangannya di Semporna kepada suami tersayangnya di tengah malam.

Begitupun, dalam keadaannya tampak mengantuk dan letih, Mahadi tetap melayan isteri tersayang. Pastinya dia maklum akan latar belakang isterinya itu yang sememangnya sedemikian laku sebelum ini.

Ya lah… bagi yang mengikuti perkembangan dirinya, tentu perasan Heliza seorang yang sungguh bertenaga dan aktif, bahkan mulutnya juga rancak jika berkongsi dan bercerita sesuatu di media.

“Abe Dee dalam hati “Ya Allah bini aku xleh tunggu esok ke?”, “Nasib la dpt wife bateri full manjang, hebat kak ja sentiasa energetic”, “Bagus… Komunikasi yang berkesan. Saling meraikan pasangan… Walaupun ngantuk.. hehehe…”. Itu antara komen netizen.

Terdahulu dalam perkongsiannya, Heliza mengucapkan penghargaan pada suaminya itu kerana sudi mendengar luahannya mengenai misi Semporna walaupun terpaksa menahan mengantuk, pastinya di malam hari.

Dia juga terharu akan keprihatinan Mahadi, digelarnya Abg Dee yang memahami minat dan selalu memberikan sokongan dalam dia menjalankan misi kemanusiaannya itu. Bahkan tambah Heliza selepas ini suaminya akan turun padang sekali.

Ramai juga yang mengusik Heliza dan bersetuju wanita itu sememangnya bermulut ‘t0rped0’. Lancar dan laju saja kata-kata meluncur dari mulutnya, ibarat bercakap beribu p4tah dalam sekali lafaz.

Dalam pada itu, Heliza juga mengajak orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi misi kemanusiaan disertainya. Moga dipermudahkan urusan Heliza dan suami. Pasangan contoh yang sama-sama buat kebaikan dan beri inspirasi pada orang lain.

Sumber : IG Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!