“Kau tak kelakar”, Saiful Apek ngis dpt surat dua guni dari netizen

Setiap manusia akan lalui dugaan dan cabaran hidup masing-masing. Kadang kala masyarakat mungkin tidak menerima kita dan apa kita lakukan untuk kelangsungan hidup. Namun, sebagai individu yang cuba mencari rezeki halal, kita sebaiknya mengendahkan segala kec4man dari segelintir orang. Kita harus kuat hadapinya dan terus berusaha kerana dengan usaha itu lah akan timbul hasil yang kita idamkan.

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak lagenda, Saiful Apek. Beliau yang mulakan karier beliau sejak tahun 1994 dalam pelbagai movie dan drama bersama dengan kumpulan Senario. Namun selepas kontr0versi beliau pada tahun 2010, beliau masih cuba bergerak perlahan dalam industri seni ini.

Sepanjang pencapaian beliau sebagai seorang pelakon dan pelawak dalam negara, beliau telah meraih 4 anugerah dimana anugerah yang terbaru beliau adalah pada tahun lepas iaitu Anugerah Ikon Komedi Malaysia 2021.

Sebagai seorang selebriti, beliau juga pernah lalui saat pahit manis sebagai seorang anak seni. Memulakan kariernya dahulu bukanlah perkara yg mudah baginya kerana ia bermain dengan jiwa dan emosi sekali.

Namun, dugaan dan cabaran yang dilalui beliaulah yang membina siapa beliau yang sekarang. Beliau telah menjadi senior dalam industri seni dan disegani oleh pelawak-pelawak baharu.

Tapi beliau tetap merendah diri dalam industri ini dan menganggap artis-artis lain adalah rakan seperjuangan mencari rezeki dalam industri ini.

Baru-baru ini, beliau di temuramah oleh DJ Nazz dari Radio Gegar.fm. Di dalam temu ramah tersebut beliau mengatakan beliau menangis membaca surat-surat yang diberi oleh ‘h4t3rs’ beliau pada suatu ketika dahulu.

Beliau berkata peminat yang tidak meminati beliau pernah mengecam beliau dengan berkata beliau tidak lawak dan tidak layak memasuki kumpulan Senario itu.

Netizen rata-rata sangat tidak bersetuju dengan pendapat ‘h4t3rs’ Saiful Apek dahulu. Ramai rata-rata mengatakan filem dan drama yang dijayakan oleh Saiful Apek terutama sekali sekuel filem Senario.

Hidup untuk menjadi anak seni dalam industri hiburan ini akan merasai dugaan seperti yang dilalui Saiful Apek. Mereka seharusnya berhati kental dengan kec4man netizen dan terus berusaha membina nama dalam industri hiburan ini. Untuk video penuh blh tonton di youtube gegar.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!