“Kau dah kenapa Bal oii” – Pak Azad

Sejak berbaik-baik semula dengan bekas ‘seterunya’ ini macam-macam pula aktiviti dilakukan mereka bersama. Terbaharu nampaknya bekas pembantu peribadi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli turut memberikan sokongan kepada DSV semasa beliau  terlibat memperagakan busana di Minggu Fesyen Kuala Lumpur kelmarin. Nampak mesra sekali hubungan majikan dengan bekas pekerjanya ini.

Dalam video dikongsikan Iqbal pada hantaran di Instagramnya ini, terlihat dirinya sedang berjalan bersama DSV sebelum ke pentas peragaan, bahkan turut membantu mengangkat gaun meleret DSV lagi.

Tak lama, Iqbal turut mencuba mengenakan gaun ‘ala bunga reflesia bercampur octopus’ digunakan DSV sebelum itu, cuma tanpa turban tinggi seperti dipakai DSV saja. Ada la Iqbal dapat ‘aura’ DSV di situ gamaknya.

Agaknya pelik dengan aksinya, rakan artis yang juga pelawak, Azad Jazmin menegur di ruangan komen hantaran Iqbal itu dengan mencoret: “Kau dah kenapa bal oii…” Ya lah.. tertarik barangkali nak cuba gaun DSV tu…

Siapa tahu walaupun mereka mengakui kembali berbaik dan berkawan, tak mustahil DSV boleh mengambil kembali Iqbal menjadi PA sementara beliau sendiri belum mengumumkan PA baru selepas Abang Qu.

Akui Iqbal dalam kapsyen hantarannya, dia tidak boleh terlalu serius apabila dekat dengan DSV sekarang dek ada-ada saja alasan ‘diva’ itu untuk marahkan dirinya. Kata Iqbal, kalau nampak saja DSV masam, dia cepat-cepat kena buat sesuatu.

Wah… begitu ya Iqbal. Kata orang marah-marah sayang. Barangkali perasaan itu masih ada pada DSV buatnya. Lucunya, antara perkongsian Iqbal dalam videonya itu mengatakan mereka tak boleh kawin, jadi terpaksa ‘berm4ksiat’ sebegitu. Hinggakan DSV pun ketawa besar dibuatnya.

Dalam pada itu, walaupun ada yang sudah meny4mpah dengan gelagat mereka berdua, begitupun masih tak kurang netizen yang mendoakan agar jika tiada aral, mereka dapat disatukan dengan ikatan sah.

“Hahahaha thanks bal for making my day”, “U are such good supporters”, “U are such good supporters”, “at last nnt kahwin jugak dua2 ni, insha allah dua2 pun single kan..on je la”, “Sweet nya berdua”.

“Nampak iqbal ikhlas dgn DSV dan nampak DSV pun bahagia dgn iqbal. Semuga ada jodoh.”. Itu antara komen netizen. Apa pun hanya mereka yang tahu perasaan masing-masing. Doakan saja sudahlah…

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang COPY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!