“Muka Mirul last tu tak boleh blah”-Netizen

Haiwan merupakan antara makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia secara langsung atau tidak. Ada juga di antara kita yang memelihara haiwan kesayangan antaranya anjing, kucing dan sebagaimya. Bukan setakat memelihara haiwan sahaja, makhluk ciptaan Allah SWT ini juga dipelihara dengan sebaiknya oleh pihak berkaitan.

Termasuklah kebanyakan zoo moden yang telah menempatkan pelbagai jenis haiwan dan dijaga dengan baik. Kebajikan haiwan-haiwan juga dapat dipelihara sebaiknya.

Apabila anak-anak kecil semakin membesar, ramai ibu bapa telah mula memberi pendedahan kepada anak-anak tentang haiwan hidupan liar yang kebanyakkannya sudah jinak.

Tidak terkecuali, selebriti Ain Edruce juga sudah mula membawa anaknya, Soraya ke zoo pilihan mereka untuk beri peluang kepada Soraya untuk lebih dekat dengan haiwan yang jinak.

Baru-baru ini, Soraya dibawa ke zoo moden yang bertempat di 99 Wonderland Park. Gelagat Ain sekeluarga cukup menghiburkan lebih-lebih lagi gelagat suaminya yang sentiasa membuatkan netizen terhibur.

Kebanyakkannya haiwan di zoo moden berkenaan cukup jinak namun reaksi suami Ain iaitu Amirul pada awalnya yang tidak takut dengan haiwan hanyalah sekadar kata-kata sahaja hehe..

Gelagat Amirul yang kelihatan takut-takut memang terbukti beliau juga takutkan haiwan seperti Ain. Cuma tak nak mengaku je…

Menerusi kapsyen ditulis Ain, mereka sanggup meluangkan masa ke zoo berkenaan demi Soraya supaya anak kecil ini tidak takut dengan haiwan.

Dalam video berkenaan, Amirul lebih menjadi perhatian netizen sehingga video dimuatnaik Ain itu telah mencecah 400,000 tontonan dan 27,000 tanda suka.

Sukanya tengok Soraya macam lagi relax daripada mummy ayah dia hehe. Bagusnya Ain awal-awal dah ajak Soraya pergi zoo.

Sumber: Instagram ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!