“Kalau sy gigil lut0t kot, tak boleh lps tgn”- Netizen

Menjadi seorang penghibur atau selebriti tak semudah yang disangka juga ya. Tambahan pula jika bergelar seorang penyanyi yang perlu berhadapan dengan orang ramai ketika beraksi di atas pentas. Banyak mata-mata yang memandang, kadang tanpa kekuatan dalam diri boleh rasa macam nak gugur jantung juga dibuatnya. Jadi, tak semestinya semua orang mampu melalui detik itu.

Tampak seseorang yang seperti situasi di atas itu macam berani, tapi tak semua perkara itu mampu ditempuh ya. Misalnya penyanyi Adira Suhaimi ini… takut ter0knya dia dengan ketinggian sampai jadi macam ni sekali.

Memuatnaik tentang diri di IG nya, Adira berkongsi keadaannya yang takut gayat ketika berada di satu bangunan berlantai lutsinar hingga terpaksa berjalan di tepi-tepi dinding dengan menggunakan lutut. Pada mulanya matanya juga dipejam dek gabra.

Menariknya, ramai netizen yang bersetuju dengan Adira bahawa mereka juga berdepan situasi sepertinya. “Kompom terus terduduk situ lemah lutut”, “Gayat tengok, “alaaa cntiknye klakor pulakkk, same gayat klau sy gigil lutut kot x boleh lepas tgn”, “Kalau kita ni kasi free pun tidak ku mahu”, itu antara komen netizen.

Adira juga berkongsi situasi yang terlihat umpama dirinya ‘dipaksa’ untuk melalui itu dan dengan menggunakan lututnya dia mengakui terpaksa juga berjalan dengan tangan yang terpaksa berpaut pada besi pemegang.

Terlihat lucu pula wanita jelita ini perlu bergerak sebegitu kerana terlalu gementar berada di tempat tinggi. Tapinya mesti Adira mulanya gigih nak juga berada di situ untuk mengabadikan kenangan kerana tak dinafikan panorama dari tempatnya berada itu sangat cantik.

Begitupun, wanita dari Sabah putih gebu ini sendiri akur bahawa dirinya jadi lemah lutut ketika berada di situasi sedemikian. Tak kurang pula tu netizen yang mengakui juga akan sepertinya jika berada dalam situasi sama.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi dikenali selepas menjadi salah seorang bintang Akademi Fantasia. Berasal dari Ranau, Sabah, Adira yang beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.

Jarang berkongsi tentang kehidupannya di medsos, begitupun ibu anak satu ni tak keberatan memperlihatkan momennya bersama si buah hati nan seorang itu. Sebelum ini, kisah rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, bagai drama rantaian yang tidak berkesudahan.

Banyak berkongsi di medsos hanya tentang kerja dan tugasnya, pelantun lagu popular Ombak Rindu ini tampaknya berjaya menutup gosip-gosip panas tak ketentuan hala. Moga berjaya mencapai apa jua impian dan bahagia bersama keluarga buatnya.

Sumber : Ig Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!