“Berjalan sorang2 kat ajl36 mcm budak sesat”- Emma Maembong

Demam Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) berlangsung kelmarin sememangnya masih hangat dirasakan. Bukan sahaja para peserta akhir pertandingan anugerah dibawakan TV3 itu yang menarik perhatian, selebriti yang turut turun ke karpet pentas hangat acara itu juga berjaya mencuri tumpuan netizen. Masing-masing dengan gaya dan pembawakan diri. Daripada tatagaya umpama serimbun pohon seperti peserta, Aina Abdul hinggalah ke se’simple hadirin, seperti pelakon yang makin cantik hadir serba ringkas ini, mereka tetap berjaya menancap sudut pandangan ramai.

Berkongsi tata busananya ke pentas AJL, biarpun ringkas dengan gaun gelap berkilat paras lutut dan bersepatu ala sneakers, penampilan pelakon, Emma Maembong tetap menarik perhatian. Lihat saj4lah hantaran Emma di IG nya ini. Ramai yang respons dan terkesima.

Tak kurang yang bersetuju yang bahawa pelakon drama Kau Yang Terindah itu nampak comel sekali apatah lagi kala bergaya dan berjalan dengan kelihatan seperti seorang budak remaja. Sedangkan dia dah pun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.

Untunglahkan.. orang kecil molek berwajah pan Asian berketinggian 1.55m ini, buat apa pun nampak elok saja. Berjalan pulak manja-manja macam budak lepasan sekolah gitu, ramai juga yang memuji penampilan Emma.

Begitupun seperti komen ramai netizen terhadap penampilannya yang sukakannya semakin tampak ‘comel’ itu, tak kurang juga yang meluahkan rasa bahawa rindu dengan pembawakannya yang berhijab sebelum ini. Kata mereka gaya sedemikian lebih kelihatan elok.

Menariknya komentar netizen meluahkan rasa suka melihat penampilannya kembali bertudung itu ada yang dijawab oleh Emma. Antara jawabnya: “Sy pun suka. Doakan utk sy ye”. Tak kurang mempertikaikan kalau doa saja tanpa usaha tak boleh juga.

Bagaimanapun, ada jua yang optimis dengan menyoal semula netizen mana tahu kot ada atau tak usaha daripada Emma sendiri until kembali berhijab. Apa pun doakan saj4lah yang terbaik buatnya ya. Pasti Emma pun ada alasannya tersendiri dan mahukan sesuatu yang terbaik buat dirinya.

Untuk info, terdahulu pada tahun 2014, Emma mula berhijab. Namun, pada hujung Januari 2019, dia telah mengundang kontroversi hangat apabila dirinya menjadi tular di seluruh platform media sosial kerana membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung setelah lima tahun mengenakannya.

Kecoh di medsos yang menebak ia berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang m3nteri yang mengakibatkan dirinya dikritik dan dikecam hebat oleh netizen dan peminat yang kecewa akan keputusannya itu.

Rezekinya, Emma kemudiannya berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 08 November 2020. Apa pun selamat maju jaya buat Emma dalam apa jua yang ditempuh.

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!