“Kalau lah Puteri Sarah dgn Ira Kazar macam ni kan bagus kan” – Netizen

Kata orang bermadu itu pahit… Pun begitu ada sebahagian lagi kavm hawa yang mendepaninya, mereka merasakan sebaliknya. Itulah yang dapat dilihat pada kedua wanita juga penyanyi popular, Adira Suhaimi dan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red ini. Lihat saj4lah bagaimana mereka berdua menyantuni satu sama lain.

Jika meninjau perkongsian Adira melalui video dan kapsyen hantarannya ini, dia memberitahu datang awal seharinya (gamaknya ke rumah Datin Red) kerana takut esoknya tak sempat singgah.

Terdahulu Adira mencoretkan ucapan selamat hari lahir pada madunya itu yang digelarnya ‘Akak sayang’. Adira meluahkan tak tahu nak cakap apa namun bersyukur dapat bersama Datin Red tika itu.

Dalam video itu terlihat Adira memakaikan gelang di tangan Datin Red sebelum merangkul erat dan merebahkan kepala ke dada wanita itu sambil memejamkan mata. Di hadapan mereka ada sebuah kek comel diletakkan sebatang lilin.

Juga terdapat seakan beg cend3rahati dan jambangan bunga. Pastinya ia hadiah hari jadi daripada Adira buat madunya itu. Agak menyentuh hati pula tatkala wajah Datin Red juga seakan sebak disantuni begitu.

Apa pun melihat tingkah mereka berdua ini, sudah pasti keduanya telah memahami hati budi masing-masing. Adira pula jelas sangat menghorm4ti dan menyayangi madunya itu. Bertuah suami mereka… Datuk Red.

“Si suami pndai main peranan… dan yg no 2 tahu menghorm4ti yg no 1…. masing2 tahu kedudukan masing….. suka tgk 2,2”, “I love ur character adira… berbaik2 la selama2nya ya”, “Mintak maaf dulu pernah kutuk”.

“Laaa nangis pulak tgk ni”, “Semoga silaturrahim adira dan datin red terpelihara sampai syurga..”, “love lots moga rzkie 1 keluarga nie mlimpah seperti air”, “”Semoga kalian sehingga ke syurga berhubungan baik mcm ni”.

Itu antara kata netizen. Ramai yang sebak ya… Masakan tak, pada saat ini tengah heboh satu Malaya dek isv ‘peny0ndol’, mereka berdua membuktikan bermadu tak semuanya teruk dan mengundang puaka.

Terharu pulak bila ramai netizen yang doakan mereka semoga berbahagia hingga ke jannah. Jika dulu kecoh juga kisah mereka, pastinya Datuk Red sudah benar memainkan peranannya sebagai suami. Bagus kan…

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!