“Imaginasi kuat ye Aafiyah ni”- Netizen

Budak-budak terlalu banyak ragam dan juga imaginasi nya. Kadang-kadang, imaginasi mereka lebih tinggi berbanding dengan kita. Banyak sangat perkara yang unexpected yang mereka lakukan. Penat juga nak layankan saja telatah mereka ni, tak layan nanti mereka meragam pulak kan ? Aduhai, sabar jelah dengan anak kecil ni.

Tapi, ada juga sesetangah anak kecil yang jenis suka bermain dan bercakap sendiri. Kuat betul imaginasi mereka kan ? Kalau dah ada mainan depan mata, memang mereka bermain je 24 jam. Kalau jenis tak meragam, senang lah hati orang tua mereka semua.

Ada dimuat naik video telatah anak kesayangan Tokti yang bernama Aafiyah. Aafiyah budak yang sangat baik dan sopan santun. Suka sangat tengok telatah Aafiyah, sama sama dengan telatah ibunya Tokti tu, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Telatah Aafiyah yang sedang bermain dengan anak patung Barbie. Budak-budak kan suka sangat bermain dengan anak patung sebegitu. Waktu kita kecil-kecil dahulu pun kita pernah ada patung macam tu kan ? Cuba korang ingatkan kembali.

Anak patung Barbie dari dulu sampai kini, sentiasa menjadi kegemaran ramai. Dari dulu hingga kini, zaman kita kecil dan muda-muda dulu pun kita suka bermain dengan anak patung Barbie. Banyak tak koleksi anak patung anda ?

Rata-rata netizen semua nya teruja melihat telatah Aafiyah yang sangat comel tu. Macam-macam telatah dan perangai anak kecil yang kuat berimaginasi. Seronok sangat tau tengok anak-anak yang comel ni berimaginasi, sangat comel dan petah berbicara.

Kalau anak lelaki, mereka suka bermain dengan anak patung yang lain, contohnya Ultraman, Spirderman dan sebagainy. Bukan saja patung, malah koleksi baju dan juga alatan lain pun mereka akan beli dan simpan. Bersepah dekat rumah.

Cuba korang semua kira berapa banyak anak patung yang anak korang ada dekat rumah tu ? Mesti bersepah dan terlalu banyak kan ? Tak menang tangan nak kemas dan uruskan satu persatu alatan permainan mereka semua. Banyak sangat.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa adalah normal jika kita selalu tengok anak-anak bermain dan berimaginasi berseorangan. Biasalah, budak-budak semuanya memang macam tu kan ? Banyak sangat akal dan imaginasi mereka. Betul tak ?

Sumber : Ig Aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!