“Kalau dah dpt peluang kedua, tolong lah jgn disia-siakan”-Netizen

Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Begitulah pepatah yang kita sering dengar tatkala dua hati bersatu dalam satu majlis. Bukan itu sahaja, adakalanya rumah tangga diuji dengan pelbagai dugaan namun jodoh Allah telah pun tetapkan. Sejauh mana kita telah berada, pasti akhirnya akan berbalik juga kepada pasangan semula. Itulah namanya jodoh yang kuat.

Seperti selebriti Shuk Sahar, sebelum ini beliau telah dihimpit dengan kontroversi berkenaan kemelut rumah tangganya bersama pasangannya Rossa Sera sebelum ini.

Namun ketentuan takdir Allah Swt adalah segala-galanya. Pasangan suami isteri ini akhirnya telah berbaik semula selepas Shuk berkongsi foto dirinya bersama isteri telah berlepas ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Perkara tersebut sekali gus memberi bayangan hubungan mereka yang berantakan sebelum ini sudah kembali pulih.

Shuk menerusi kapsyen ditulis bersyukur kerana diberi peluang kedua menunaikan umrah bersama isteri tersayang. Beberapa foto dan video dikongsi Shuk menerusi Instagram Story. Malah Rossa juga turut berkongsi videonya bersama Shuk di tanah suci.

Melihat rumah tangga Shuk dan Rossa semakin baik, rata-rata netizen menzahirkan perasaan syukur dan suka melihat pasangan suami isteri ini sudah kembali bahagia.

Sebahagian netizen juga memberi masihat kepada Shuk agar lebih menghargai isteri dan anak-anak. Peluang kedua buat Shuk cukup berharga seperti yang dikatakan oleh netizen menerusi ruangan komen.

Foto dikongsi Shuk telah menerima 20,000 tanda suka dan menerima komen daripada rakan rakan artis yang turut bersyukur dengan perkembangan terbaru hubungan Shuk bersama isteri.

Melihat Instagram Shuk sebelum ini, beliau aktif menjalankan bisnes termasuklah di Tiktok. Semoga murah rezeki buat Shuk sekeluarga.

Sukanya tengok Shuk dengan isteri dah kembali sweet. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah ye.

Sumber: Instagram shuksahar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!