“Jarang tengok Dato M Nasir gelak macam ni”- Melet0p

Penyanyi legenda Dato M.Nasir antara anak seni tempatan yang cukup berbakat. M.Nasir juga dikenali menerusi hasil karyanya yang cukup hebat dengan unsur-unsur kerakyatan, kemanusiaan, kerohanian dan ketuhanan yang sering menjadi tema kepada lagu-lagunya. Di zaman serba moden dan canggih ini, sukar untuk kita lihat irama Malaysia berkembang seperti ketika zaman kegemilangan M.Nasir.

Semoga ada bakat besar yang bakal menyusul seperti M.Nasir dan boleh menaikkan semula kesenian budaya melayu serta tidak dilupakan sampai bila-bila.

Sebut sahaja penyanyi berbakat besar M.Nasir, pasti anda sudah membayangkan imej beliau yang sentiasa berwajah serius dan jarang gelak.

Siapa sangka, di rancangan Melet0p baru baru ini telah menampilkan M.Nasir sebagai tetamu khas pada malam itu. Sudah lama tidak melihat kemunculan beliau di hadapan televisyen.

Ada sebahagian video dikongsi oleh Instagram Melet0p menunjukkan sisi ‘lain’ M.Nasir. Beliau kelihatan ketawa apabila melihat gelagat anak-anak muda yang salah meneka lagu karya M.Nasir.

Sampai tergelak M.Nasir dibuatnya melihat gelagat anak-anak muda yang berada di atas pentas bersamanya salah meneka lagu karya beliau sendiri.

Jarsng sekali kita tengok M.Nasir gelak macam itu, maksudnya lawak itu betul-betul melucukan hehe..

Video dikongsi di Instagram Melet0p telah berjaya menarik perhatian netizen sehingga 51,000 tontonan. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagatnya yang ketawa itu.

Melihat Instagram beliau, M.Nasir masih aktif di membuat persembahan sehingga kini. Malah M.Nasir juga bakal beraksi di pentas tidak lama lagi. Dah lebih 40 tahun M.Nasir dalam karya seni tempatan. Lama sungguh.

Agak-agak banyak tak lagu karya M.Nasir yang korang masih ingat atau tahu setakat ini? Generasi baru mesti tak pernah dengar kan.. M.Nasir dari dulu sampai sekarang selamanya legenda Malaysia.

Sumber: Instagram melet0p

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!