“Intan dah pakai tudung ke, cantiknya dia”- Netizen

Setiap insan yang bergelar suami, sudah pasti menginginkan isterinya cantik bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Wanita sememangnya wajib menutup aurat dan kewajipan menutup aurat ini telah banyak dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Ia bukan lagi sunat atau makruh sebaliknya telah diwajibkan ke atas semua wanita beragama Islam.

Seperti yang kita lihat sendiri, ramai selebriti wanita yang telah berkahwin sudah ramai bertudung dan menutup aurat dengan sempurna termasuklah Izara Aishah, Fazura, Siti Elizad serta ramai lagi.

Malah ada juga selebriti wanita yang belum berkahwin sudah bertudung dan populariti mereka pun semakin meningkat dalam kalangan peminat.

Tidak terkecuali, selebriti Intan Ladyana juga nampaknya sudah mula perlahan-lahan memakai tudung selepas satu video terbarunya dikongsi di Instagram.

Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik oleh Intan menerusi Instagramnya yang menunjukkan beliau bersama suami sedang mempromosikan sesuatu produk.

https://www.instagram.com/p/ChcM5YHlI0f/?

Penampilan Intan yang kelihatan bertudung menerusi video tersebut telah mencuri perhatian ramai netizen. Buat pertama kalinya Intan cukup cantik apabila bertudung. Nampak manis dan sopan sekali.

Mata-mata netizen lebih tertumpu kepada penampilan terbaru Intan berbanding produk yang dipromosikan oleh Intan sendiri.

Netizen juga tidak melepaskan peluang mendoakan yang terbaik buat Intan dan memberi kata-kata semangat agar Intan terus istiqomah dalam menutup aurat.

Sementara itu, video dikongsi Intan itu telah mencapai 174,000 tanda suka dan komen-komen positif daripada peminatnya.

Syukur Alhamdulillah, cantik tengok Intan pakai tudung. Semoga Intan terus istiqomah untuk menutup aurat demi kebaikan suami.

Sumber: Instagram Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!