“Ingatkan Merqeen tadi haha”- Netizen

Pernah tak dengar kata-kata ni ? ada 7 orang yang mempunyai muka seperti kita di dunia ni. Tak kisahlah berbeza negara atau bangsa sekali pun, tapi mereka seakan-akan kita. Dahulunya viral pasal ada orang yang muka seperti Zizan, terus semua duk search siapakah gerangan nya. Rupanya seorang wanita yang sangat cantik.

Berbeza jantina pun boleh seakan sama tau. Copy paste sungguh mukanya. Kadang tu kalau orang tersebut mempunyai hidung yang mancung, kembar ke-7 nya punada hidung yang mancung macam tu tau. Ingat adik beradik tadi.

Kali ini, ada dimuat naik video Syamel yang sedang melakukan persembahan di sebuah event. Seronok tengok beliau dan orang ramai di sana yang begitu enjoy dengan persembahan Syamel tu, syok betul. Sporting semua yang ada di sana.

Bila dilihat, eh betul ke itu Syamel? Mana taknya, kerana netizen yang komen di postingan tersebut rata-rata mengataka bahawa mereka fikir itu adalah hero kepada drama Melur untuk Firdaus, iaitu Meerqen. Korang tengok tak drama tu ?

Setelah diperhati, betul juga ya kata mereka. Mungkin kerana Syamel dan Meerqen mempunyai style rambut yang sama kot. Ingatkan Meerqen yang menyanyi buat persembahan, rupanya Syamel. Ingatkan kembar Meerqen tadi.

Tengok, dengan mempunyai gaya rambut yang sama sahaja, boleh membuatkan orang ramai confuse, ingatkan kembar tadi. Tapi, kedua-duanya sama handsome sama tampan tau, Syamel dan Meerqen kacak orangnya.

Korang pernah tak diberitahu oleh kenalan korang bhawa mereka pernah terjumpa orang yang seakan-akan diri kita ? mesti kita akan rasa excited dan teruja sangat nak tengok macam manalah kembar lain ibu lain bapa kita tu kan.

Mana taknya, macam tulah diri kita bia dilihat oleh mata sendiri. Selama ni tengok dalam cermin je, kalini nak lah juga tengok macam manalah kalau kita ada kembar kan, adakah sama seperti itu juga. Betul tak ? Kembar kan.

Justeru, semua orang mempunyai kecantikan nya yang tersendiri. Tak kisahlah macam mana rupa paras kita, macam Barbie ke, macam anak patung ke ? Kita semua cantik dengan cara tersendiri. Jangan merasa kecewa dengan rupa paras kita.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!