“Bestnya perjalanan redha awak” – Netizen

Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya ingin mempunyai zuriat mereka sendiri. Namun begitu takdir setiap orang berbeza. Ada sesetengah pasangan yang kurang bernasib baik dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. Begitulah yang boleh di gambarkan mengenai perjalanan pasangan Mizz Nina dan Noh Hujan dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Setelah bertahun- tahun pasangan ini mencuba untuk mendapatkan anak dengan pelbagai cara termasuklah menerusi proses IUI dan IVF, baru- baru ini, Mizz Nina membuat pengumuman menerusi Instagram bahawa beliau dan Noh kini telah menjadi ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki yang bernama Musa.

Akhirnya setelah hampir 11 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga, Mizz Nina terbuka hati untuk mengambil Musa sebagai anak angkat beliau.

Proses untuk beliau bersetuju dengan keputusan mengambil anak angkat itu tidak mudah namun Noh berjaya meyakinkan dirinya.

Menurut Mizz Nina lagi, beliau mengambil masa lebih daripada setahun sebelum beliau benar- benar bersedia mengambil Musa sebagai anak angkatnya.

Katanya lagi, aktiviti kemanusiaan yang giat beliau dan Noh lakukan juga menjadi antara penguat semangat untuk dirinya membuka hati untuk membuat keputusan tersebut.

Dalam perkongsian Mizz Nina di Instagram itu juga, Mizz Nina atau nama sebenar beliau iaitu Shazrina binti Azman, memaklumkan mengenai status Musa yang kini sudah bergelar mahram beliau dan sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.

Pendedahan Mizz Nina mengenai kehidupan baru beliau yang membuat kepuutusan untuk mengambil anak angkat itu cukup menggembirakan para peminat dan warganet. Perkongsian Mizz Nina itu di iringi dengan doa dan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Terkini, Mizz Nina telah berkongsi gambar yang memaparkan kaki Musa yang kecil sedang berdiri di atas pasir dan dirinya yang sedang mendukung anaknya itu. Sifat keibuan Mizz Nina begitu terserlah menerusi gambar dirinya yang sedang mendukung Musa.

Kongsi Mizz Nina di gambar berkenaan, itulah pengalaman pertama Musa menyentuh pasir dan melihat pantai pada usia 2 bulan. Mizz Nina berkata beliau merasa rindu untuk ke pantai dan bercadang untuk bercuti ke Cherating selepas ini.

Ramai pihak yang turut gembira dan terharu di atas kehadiran seorang zuriat yang dapat menyerikan lagi kehidupan pasangan romantis ini.

Mizz Nina dan Noh turut mengakui mereka berdua sangat bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai dan berpeluang menjadi ibu bapa selepas lama hidup berdua.

Rata-rata warganet serta rakan artis mengucapkan syukur kepada pasangan selebriti itu dan mendoakan agar Musa menjadi seorang anak yang soleh di masa hadapan.

Mizz Nina juga sempat berkongsikan perjalananan dan perjuangan mereka bagi memperolehi seorang zuriat walaupun bukan dari rahimnya.

Begitu besar kasih sayang pasangan ini terhadap Musa. Tidak di nafikan bahawa kehadiran si kecil Musa sememangnya menjadi pelengkap dan menambah kebahagiaan dalam kehidupan mereka berdua. Berikut dikongsikan komen-komen daripada netizen.

“My darling, The 2nd picture is so precious May Allah create a strong bond between you and Musand grant you a beautiful, loving, close relationship that blooms throughout his lifetime. Aameen.” – Netizen

“Subhanallah… look at his little toes…. MasyaAllah little precious being.. happy for you my sister” – Sarimah Ibrahim

“May Allah shower Musa with his blessings and rahmah always and bless him with success and happiness in this dunya as well as in the akhirah aamiin” – Netizen

“Alhamdulilah… MASYALLAH…baby musa paling bertuah dipilih oleh Allah SWT menjadi anak & sumber kekuatan& ladang pahala bagi ibu nina” – Netizen

“Mommy’s face. Semoga baby musa membesar jadi anak yang soleh, menyenangkan hati parents, cute, smart dan semuanyaaa lah yang baik baik” – Netizen

Ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Musa. Baik di media sosial Mizz Nina mahupun suaminya Noh, pasangan ini masih belum berkongsi wajah Musa kepada para peminat mereka. Kini kehidupan pasangan ini kelihatan lengkap dengan adanya Musa. Semoga Mizz Nina dan Noh akan di kurniakan zuriat mereka sendiri selepas ini atas berkat dan keikhlasan mereka dalam menjaga Musa.

Sumber: ig mizz nina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!