“Iqbal disiihir, muka Iqbal bkn lagu ni, sy kenal dia 7 tahun dah” – DSV

Kita sudah ketahui isu mengenai Dato’ Sri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikatakan sudah tiada apa-apa hubungan lagi dan tidak meneruskan rancangan untuk berkahwin pada hujung tahun ini. Iqbal yang dahulunya pernah menjadi pembantu peribadi Dato’ Sri Vida dan telah mengenali antara satu sama lain selama 7 tahun. Iqbal juga pernah memberi kenyataan dimana beliau merasakan jika hubungan itu diteruskan, beliau mungkin takkan hidup bahagia bersama keluarga Dato’ Sri Vida.

Iqbal dikatakan sudah tawar hati dengan Dato’ Sri Vida namun DSV kelihatan seperti tidak berputus harap. Untuk pengetahuan, Dato’ Sri Vida sudahpun berusia 49 tahun pada tahun ini dan masih kuat meneruskan dan membesarkan legasi perniagaan beliau.

Baru-baru ini tular lagi cerita terbaru dimana Iqbal memberi kenyataan bahawa Dato’ Sri Vida telah datang ke rumahnya pada pkul 3 pagi dan memberinya sebentuk cincin.

Dato’ Sri Vida juga telah membuat kenyataan mengapa beliau melakukan perkara tersebut di dalam sebuah igtv dalam laman ignya untuk menerangkan perkara sebenar.

Beliau menerangkan didalam video tersebut yang berdurasi 40 minit lebih itu dengan mengatakan disebabkan kenyataan yang diberikan Iqbal, netizen mengecam beliau dengan mengatakan beliau seperti perigi mencari timba.

Beliau menegaskan bahawa beliau ke rumah Iqbal selepas beliau solat tahajud malam untuk meminta petunjuk dari Allah jika beliau harus pergi atau tidak ke rumah Iqbal.

Namun, beliau tambah lagi dengan berkata Allah permudahkan jalan beliau untuk ke rumah Iqbal untuk menerangkan Iqbal sudah terkena siihir yang dimana Iqbal adalah orang pertengahan untuk seseorang individu ini yang punyai niat untuk menjatuhkan Dato’ Sri Vida.

Beliau juga berkata beliau sudah mengenali Iqbal selama 7 tahun dan beliau tahu kulit dan wajah Iqbal sekarang tidak seperti dulu. Menurutnya, Iqbal dahulu punyai kuulit dan wajah yang putih bersih namun sekarang putih seperti putih comot.

Beliau berkata lagi bahawa beliau tidak kisah jika Iqbal tidak mahu lagi meneruskan rancangan untuk berkahwin dengannya, janji beliau mahu melihat Iqbal sembuh dari terkena siihir tersebut.

Dalam ruangan komen pula, dalam banyak yang menyokong Dato’ Sri Vida, ada juga yang mengecam tindakan beliau pergi ke rumah seorang lelaki pada jam 3 pagi.

Ada netizen yang menasihati Dato’ untuk meminta nasihat orang-orang yang mendalami ilmu agama dan ada juga yang mempertikaikan tindakan Iqbal yang mengecam tindakan Dato’ Sri Vida datang ke rumahnya pada pkul 3 pagi padahal ketika Dato’ Sri Vida datang bersama anaknya, Kacak, Iqbal kelihatan seperti suka dengan kedatangan beliau dan melayani beliau dengan baik.

Ketika ini, ramai yang tidak tahu jauh mana kebenaran kejadian yang berlaku antara mereka. Sebaiknya kita sebagai individu mendoakan mereka untuk sama-sama kembali kawan seperti sebelum ini dan tiada sengketa lagi antara mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!