“Igt ank kami ni dok pakai sanggul dari pg sampai mlm dah knp” – Che Ta

Aisyah Dhia Rana merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Kejelitaan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta telah menjadi sebutan ramai sejak beliau muncul di kaca TV menerusi penampilan sulung beliau di dalam drama Diari Ramadhan Rafique pada tahun 2006.

Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi tumpuan ramai-ramai lebih-lebih lagi apabila si kecil itu sudah mula bergaya daripada kecil lagi.

Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah sentiasa menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan dan meraih perhatian para pengikut beliau di Instagram.

Sejak akhir-akhir ini, Aaisyah sering mengikut ibunya melakukan penggambaran iklan produk- produk yang di usahakan oleh Che Ta. Antara produk yang sedang rancak di promosikan oleh pasangan anak beranak ini adalah produk inai Che Ta.

Che Ta juga sering berkongsi beberapa keping gambar beliau dan Aaisyah yang di solek dengan solekan yang tebal dan juga busana yang sarat dengan perhiasan yang berat.

Gambar- gambar yang di kongsikan oleh Che Ta itu adakalanya di kritik oleh netizen kerana mengenangkan usia Aaisyah yang masih kanak- kanak namun sudah di pakaikan solekan yang tebal dan bersanggul seperti wanita dewasa.

Menerusi perkongsian terbaru pelakon jelita itu di Instagram, beliau berkongsi gambar terbaru Aaisyah berpakaian sekolah. Jelas Che Ta secara panjang lebar, anaknya itu masih lagi menjalani rutin harian sepertimana kanak- kanak lain yang sebaya dengannya.

Aaisyah hanya bersolek sedemikian untuk menjalani penggambaran sahaja kerana perlu mengikuti tema yang telah di tetapkan. Namun begitu, Aaisyah tetap menitik beratkan penampilannya sendiri.

Menjengah keruangan komen, para peminat berkata mereka memahami tuntutan kerja yang perlu di patuhi oleh Che Ta dan anaknya. Gambar Aaisyah berpakaian sekolah itu tetap kelihatan cantik dan menerima pujian netizen.

Netizen memuji wajah cantik Aisyah yang mewarisi kejelitaan ibunya. Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya meskipun dalam pakaian sekolah. Berikut pula di kongsikan komen- komen netizen.

Sudah namanya netizen pasti ada sahaja yang tidak kena dan ingin di pertikaikan. Bagus betul Che Ta memberikan penjelasan panjang lebar untuk menutup mulut netizen ni.

Ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu jugalah yang boleh dikatakan mengenai Aisyah. Aaisyah sudah mengikut jejak langkah ibunya yang suka menjaga penampilan.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

 

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!