“Hmm entahlah, Jesnita penat lh macam ni”- Intan Najuwa

Nama pelakon Intan Najuwa tidak asing lagi dalam industri hiburan dan drama bersiri tempatan. Intan antara pelakon yang cukup berbakat dan sentiasa dipilih pihak produksi untuk menjadi watak utama dalam sesebuah drama. Bila tengok je drama lakonan Intan, memang menjadi kesukaan ramai penonton. Anda pasti salah seorang peminat Intan kan?

Di usia Intan yang masih muda, beliau cukup menghayati setiap watak yang dipegangnya. Meskipun Intan sibuk dengan jadual belajar beliau, berlakon tetap menjadi keutamaan buatnya.

Baru-baru ini, Intan telah muncul menerusi drama Jesnita yang sedang ditayangkan di saluran popular Astro. Intan sekali lagi diberi peluang memegang watak utama sebagai Jesnita menerusi drama slot Tiara di Astro Prima ini.

Drama Jesnita antara drama yang mencuri tumpuan penonton dengan pembawakan watak Jesnita oleh Intan Najuwa yang lebih mencabar. Watak dipegang Intan kali ini sememangnya lain daripada yang lain.

Boleh dikatakan watak berkenaan watak antagonis yang dibawa oleh Intan memandangkan beliau membawa watak sebagai seorang gadis yang gilakan harta dan kekayaan.

Kebiasaannya Intan selalu bawa watak yang lembut je, kali ini memang watak antagonis habis hehe.. Penangan Jesnita sampaikan Intan memuatnaik video lucu yang ternyata menghiburkan ramai netizen menerusi laman Instagram.

Video oleh Intan telah menjadi perhatian sehingga ramai netizen turut meluahkan pendapat mereka berkenaan drama Jesnita. Amboi netizen, sempat lagi komen pasal drama Jesnita ye hehe..

Video Intan di Instagram ditonton sehingga 200,000 tontonan dan mencecah 200 komen daripada netizen yang mengikuti drama bersiri Jesnita.

Ada sahaja beberapa watak di dalam drama tersebut dikritik netizen. Agaknya ramai netizen geram dengan watak-watak dibawa oleh bariaan pelakon dalam drama Jesnita ini..

Bestnya tengok Intan berlakon lagi. Suka betul Ingan pegang watak utama, terus rasa semangat nak tengok drama sampai habis.

Sumber: Instagram intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!