“Tokti ni tu la kasut dia travel, tu la kasut jogging, tu la kasut buat rehearsal” – Netizen

Ada orang yang lebih mementingkan gaya lebih dari keselesaan. Namun, ada mereka yang lebih mementingkan keselesaan itu sendiri daripada penampilan. Buat mereka yang lebih memilih keselesaan, tidak kiralah jika baju, seluar mahupun kasut berpuluh yang terbiar sahaja namun pasti ada satu yang sentiasa menjadi pilihan hati. Tidak kisah dengan tanggapan orang lain, yang menjadi nombor satu tetaplah keselesaan untuk dipakai.

Siapa sangka bahawa penyanyi jutawan negara ini orangnya sederhana sahaja. Memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian sehingga berjaya menempa nama ke luar negara, Dato Siti Nurhaliza memang sudah terkenal dengan kejayaannya sebagai seorang artis mahupun ahli perniagaan.

Meskipun dia kini sudah sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga isteri, namun kerjayanya dalam bidang nyanyian tidak ditinggalkan begitu sahaja. Malah, kini Dato Siti sedang sibuk dalam persiapan buat konsert besar-besaran bernama “A Night To Remember” yang bakal diadakan di Persada Johor International Convention Centre.

Bukan sahaja mampu malah lebih dari erti mampu untuk menyarung berbagai pakaian dari atas kepala sehingga kaki dengan jenama-jenama antarabangsa terkenal, namun Dato Siti masih kekal sederhana dengan memakai mengikut keselesaannya sahaja jika diluar dari waktu bekerja.

Jika selalunya, penampilan dari segi pakaian yang sering menjadi sorotan para peminat di Instagram Dato Siti. Namun, kini para peminat mula tertumpu dengan kasut yang digunakan oleh Dato Siti ketika dia sedang membuat latihan menari dan menyanyi di studio.

Para peminat mula sedar bahawa kasut yang dipakai oleh Dato Siti itu merupakan kasut yang sama telah dipakai olehnya sewaktu pergi berjogging malah ketika pergi bercuti bersama keluarga.

Peminat berandai-andai dengan kemungkinan bahawa Dato Siti sebenarnya membeli banyak jenis kasut yang sama iaitu kasut berwarna hitam itu.

Disebabkan itulah dia dilihat tidak pernah menggunakan kasut dengan jenis atau model lain selain dari yang sering diperhatikan oleh para peminat itu.

Rendah diri betul penyanyi kesayangan ramai ni. Walaupun sudah kaya-raya namun masih tetap berjimat-cermat. Memang hebat peminat Tokti ni semua. Kelibat kasut yang tertutup dengan seluar pun mampu disiasat.

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!