“Haqiem dh kahwin baru nampak perangai sebenar eh”- Netizen

Penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya, Sofea antara pasangan romantik yang menjadi perhatian ramai netizen. Dahulunya ramai berteka teki gerangan wanita yang telah berjaya memikat hati Haqiem. Dan kini, Sofea yang telah bergelar isteri kepada Haqiem sentiasa berkongsi foto dan video mereka bersama. Memang sweet habis tengok Haqiem dan Sofea ni tau..

Malah siapa sangka, Sofea banyak berkongsi gelagat Haqiem yang ternyata seorang penghibur. Sisi lain Haqiem rupa-rupanya beliau seorang yang suka berjenaka dan menghiburkan.

Ikutkan Haqiem sebelum ini jarang kita lihat perwatakannya yang sebenar. Akhirnya, Sofea telah mendedahkan sendiri sisi sebenar Haqiem menerusi posting di Instagram.

Dan seperti yang telah diduga, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Haqiem selepas Sofea berkongsi video suaminya baru-baru ini di laman Instagram.

Video tersebut menunjukkan gelagat Haqiem berjalan lentok sambil dirakam isterinya sendiri. Melihat karakter Haqiem yang sebenar, ada juga sebahagian peminat Haqiem akui penyanyi kesayangan mereka ini sememangnya lawak dan menghiburkan.

Sementara itu, posting gambar dan video yang dimuatnaik Sofea di Instagram miliknya telah menerima 47,000 tanda suka. Pelbagai reaksi oleh peminat-peminat Haqiem di ruangan komen.

“Perangai kena expose dengan isteri hahaha, baru kita tahu perangai haqiem macam mana”- Netizen

Melihat pada perkembangan Sofea, beliau aktif dalam bidang model sambil menjalankan perniagaan restoran.

Semoga hubungan Haqiem dan Sofea kekal hingga jannah. Suka tengok pasangan suami isteri muda ni, sama cantik sama padan..

Sumber: Instagram sofeaaaaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!