“Hanya 2 baris shj mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti” – Pengurus Tokti

Tanggal 9 Ogos merupakan hari yang paling mendukacitakan buat pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu kerana telah kehilangan isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin buat selamanya. Pemergian arwh pada jam 5.13 pagi semalam mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana selama beberapa hari ini Shuib begitu mengharap dan mendoakan isteri beliau kembali sembuh demi keluarga dan anak mereka yang baru sahaja dilahirkan secara pembdahan beberapa hari lalu.

Rakan artis dan juga orang ramai tidak menyangka penyanyi berkenaan telahpun bertemu pencipta dalam tempoh yang amat singkat setelah beberapa hari bertarung nyaawa cvd.

Arwh sempat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembdahan dan diberi nama Ayash Affan. Bayi pra- matang yang dilahirkan pada usia kandungan arwh 8 bulan itu masih dalam tempoh pemerhatian dktor namun telah memberikan respon dan tindak balas yang positif.

Terdahulu pada awalnya pembantu rumah keluarga itu yang telah dijangkiti cvd menyebabkan Shuib sekeluarga membuat ujian calitan demi keselamatan mereka sekeluarga. Mereka sekeluarga bagaimanapun telah disahkan positif dan menjalani kuarantin. Bagaimanapun keadaan kesihatan Sarah semakin merosot menyebabkan penyanyi tersebut perlu dibawa di bawa ke hspital untuk tindakan segera.

Pengorbanan seorang ibu yang berjuang demi menyelamatkan anak dalam kandungannya begitu menyentuh hati rakyat Malaysia. Kisah beliau sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang baik kepada suami malahan beliau juga seorang wanita yang suka bersedekah cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

Arwh Siti Sarah di semadikan di Tanah Perkuburan Gombak serta turut berpeluang sempurnakan oleh suaminya Shuib sendiri. Hebat sungguh keperibadian arwh kerana setelah pemergian arwh satu demi satu kebaikan arwh telah dikongsikan oleh rakan- rakan artis dan orang – orang yang mengenali dirinya.

Shuib yang memanggil isterinya itu sebagai bidadari seolah – oleh telah menggambarkan secara keseluruhan keperibadian arwh isterinya itu. Pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu juga cukup memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi Instagram pengurus Tokti berkongsikan sebuah video yang memaparkan Tokti sedang menjalani penggambaran secara maya untuk sebuah program penganjur.

Pada mulanya, Tokti sudah memaklumkan rasa bimbang jika tidak mampu membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu kerana mengenangkan pemergian sahabat Arwh Siti Sarah. Namun demi melunaskan tanggungjawab Tokti tetap teruskan.

https://www.instagram.com/p/CSWtTEJBu8A/?utm_medium=share_sheet

Bagaimanapun lagu yang dipilih penganjur itu menimbulkan rasa sedih dan sebak kepada Tokti. Tokti hanya mampu menyanyikan sebanyak 2 baris sahaja dan terus berhenti.

Pihak pengurusan Tokti kemudiannya memohon kepada penganjur untuk menukar lagu. Mujurlah penganjur juga memahami situasi berkenaan. Ramai yang menggelarkan arwh Siti Sarah sebagai ‘bidadari’ kerana terlalu banyak kebaikan dan cerita arwh yang sangat baik dapat kita jadikan panduan selagi masih bernafas ini.

Menjengah keruangan komen, rakan- rakan artis dan juga para peminat seakan masih tidak percaya dengan pemergiaan arwh Siti Sarah. Rata- ratanya merasai kehilangan penyanyi lagu Kesetiaan itu walaupun tidak pernah bersua muka ataupun mengenali arwh secara peribadi. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Ramai yang merasa sebak kerana Shuib sebelum ini meluahkan harapan beliau yang sangat besar supaya isterinya kembali sihat dan pulang ke pangkuan keluarga kerana beliau dan anak -anak begitu merindui dan mengharapkan isterinya itu untuk pulang kepangkuan mereka. Namun takdir telah tertulis arwh akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Shuib juga berkongsi rasa berterima kasih beliau kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan arwh isterinya serta membuat bacaan Yasin untuk kesembuhan isterinya itu sebelum ini. Semoga Shuib terus kekal kuat dan tabah harungi dugaan ini.

Sumber : ig inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!