“Haha teringat Zaman Norman nak pikat Kak Erra dulu” – Netizen

Noman Hakim, Erra Fazira, Abby Abadi, dan juga Memey adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi pada masyarakat Malaysia. Ini kerana nama mereka telah dikenali sejak 20 tahun lalu, popular sejak zaman 90 an sehingga kini, masih mekar dan masih meniti nama di persada seni dan juga di laman sosi4l. Tak sangka kini masih bersama.

Bersama, menjadi rakan dan sentiasa berhubung tatkala ada majlis ilmu keagamaan, keramaian dan majlis-majlis tertentu. Mereka dilihat masih berkawan dan masih mesra meskipun pelbagai ujian masa silam pernah dilalui.

Bukan sahaja Erra adalah bekas tunang Norman Hakim tetapi Abby Abadi juga adalah bekas isteri kepada Norman. Namun mereka masih berkawan baik sehingga kini.

Keluarga Abby Abadi dan keluarga Norman adalah seperti sebuah keluarga yang besar, dan mereka sentiasa bersama semenjak masing-masing menerima hidayah dari Allah, Tuhan yang Esa.

Lihatlah perkongsian video ini sebenarnya tiada makna, kemudian, Erra meminta agar gambar kedua semuanya menunjuk ke arah Norman tanpa tahu apakah sebabnya, yang lain pun turut sahaja. Kalau nak tahu dm pada Erra sendiri.

Mereka sentiasa bersama, merancang majlis atau percutian pun bersama tidak mengira waktu malah Abby dan Memey bekerja dalam satu kumpulan yang sama iaiti menjadi duta Aisymom, perniagaan baju.

Itulah putaran dunia,masa berlalu dengan pantas, meskipun begitu kita sebagai manusia teruskan kehidupan dengan sebaiknya. Kenangan adalah kenangan, masa dihadapan yang perlu kita usahakan. Biarpun apa yang kita lalui sebaiknya kita lupakan masa lalu dan memaafkan adalah jalan yang terbaik supaya kedua pihak tenang hidupnya.

Ramai yang memberikan komen seolah mengetahui dan ramai yang mengatakan bahawa mereka teringat akan kisah lalu. Begitulah juga gambar yang menceritakan sedikit sebanyak kisah lalu. Lihatlah antara komen mereka.

Meskipun pernah bertunang dan tidak kesampaian namun Erra dan Norman tetap berkawan baik. Begitu juga Abby Abadi dan Erra tidak pernah bermvsuhan.

Sumber: ig mamayebbyabadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!