“Haha satu mall dengar suara awk panggil ibu awak ‘Dayah’ anak oi” – Netizen

Panggilan untuk ibubapa selalunya mesra dengan panggilan ibu, ayah, mami, dadi, mama dan papa. Memang itu adalah kebiasaan. Yang kurang biasa apabila si anak memanggil ibunya dengan panggilan nama. Dek kerana mengikut panggilan daripada orang lain. Lawak betul, apatah lagi panggilan itu kuat didalam pasaraya. Semua mata tertumpu kepadanya.

Nama Dayah dipanggil, rupanya panggilan itu daripada anaknya. Si kecil itu sudah pandai berkata-kata, tetapi memanggil ibunya dengan nama saja.

Bukan apa, risau sampai ke besar pula panggilan itu terbiasa. Diharapnya tidak sama sekali. Mungkin pada waktu ini saja akan terjadi.

Apabila ditanya mana datangnya panggilan Dayah, rupanya ayah Dayah memanggil nama tersebut lalu anaknya mengikut sehingga sekarang.

Mungkin selepas ini semua keluarga perlu memanggil Dayah dengan gelaran ibu. Jadi, anaknya boleh mengikuti gelaran itu.

Panggilan ibu adalah panggilan yang manja dan lembut. Ia sesuai untuk mak yang bersuara manja dan bersikap lembut dan juga sopan santun.

Sebenarnya kenangan yang ini hanya datang sekali. Pasti apabila mereka membesar nanti akan diimbas kembali kenangan ini dan akan mengembalikan suasana kerinduan.

Inilah antara komen-komen netizen serta rakan artis turut memberikan komen-komen pada video anak Dayah yang memanggil Dayah hanya dengan nama.

Dayah dan suami yang dulu pernah tinggal di Australia kerana tugasnya seorang mat terap (askar). Kini telah kembali dan menetap di Malaysia semula.

Sumber: ig dayahbkar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!