“Haha kucing pun nak join depa” – Netizen

Sama cantik, popular dan bergaya, buat peminat dan pengikut industri seni lakon tempatan pasti kenal saja dengan wanita gojes bertiga ini. Jika diperhatikan ada kesamaan antara ketiga-tiganya… dipuji tak tumbang, dih1na pun tak tumbang. Pendek kata, selebriti, Puteri Sarah Liyana, Janna Nick dan Ain Edruce ini sememangnya wanita kental apatah lagi di zaman media sosial ini.

Dek kental dan padunya mereka, bukan sahaja menjadi ikutan dalam kalangan netizen, bahkan cik meow pun sama. Lihat saj4lah perkongsian Puteri Sarah dalam hantaran di Instagramnya ini.

Tika ketiga-tiganya asyik merakamkan momen, agak mencuit hati apabila kelibat seorang kucing seakan sedang cat walk di kaki antara mereka jelas kelihatan dalam rakam foto hingga menancap pandangan netizen.

Nak tumpang glamour sekali la tu… Apa yang pasti, ramai juga tertarik perkongsian hantaran itu, melayangkan respons di ruangan komen. Hai lahhh… kucing pun macam tau-tau je masa nak menyelit ya…

“Kucing pn ade di situ”, “Haha kucing pun nk juga join depa”, “Yg berbulus tu di bayar ke?”, “Kucing pon join the club”, “meaw pon nk ootd jugak”, “comel dak kucing tu”. Itu antara komen netizen.

Dua ke tiga bulan lalu agak ‘gamat’ juga di medsos apabila kecoh tentang rumah tangga Puteri Sarah yang diuji orang ketiga. Tak tahan dengan keadaan itu, dia tekad hendak mengambil tindakan und4ng-undang.

Ain juga dalam cerianya dia berkongsi di medsos tentang anaknya, Soraya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, turut diuji dengan mulut pvaka netizen. Wajah Amirul sering dibahan netizen, tapi tu tak meluakkan Ain.

Sementara Janna Nick lebih hebat diuji emosinya. Jika sebelum ini meluahkan bahawa dirinya dibesarkan dalam br0ken family, terbaharu dia membayangkan hubungan dengan k3kasihnya, Dini Schatzmann diuji.

Pada awalnya netizen melihat perkongsiannya di medsos akan hint tentang perkara itu sekadar gimik karya terbaharunya, begitupun Janna seakan mengiyakan bahawa apa yang ditakvtinya itu benar-benar terjadi.

Apa pun, sememangnya Janna, Puteri Sarah dan Ain sama juga seperti insan biasa lain yang sentiasa berdepan cabaran hidup. Kadang duka, kadang menceriakan, tambah pula bila makhluk bulus ini ada.

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!