“Haha Dato Nash ajak nyanyi, dia lupo lak lirik” – Mas Idayu

Mas Idayu seorang penyanyi dangdut namun beliau boleh menyanyi pelbagai genre, sebab itulah beliau sering dijemput menjadi juri untuk program nyanyian. Dek kerana pengalaman beliau yang meluas dan pengetahuan beliau didalam nyanyian amat dalam. Beliau suka memberikan komen yang jujur dan juga membina meskipun amatlah gar4ng sekali. Tapi bukan itu mahu diceritakan.

Perkongsian yang dilihat bersama dengan Mas Idayu atau Mami ini adalah ketika beliau diajak oleh Dato Nash, untuk menyanyi berduet bersama kerana mahu cuba pembesar suara.

Memang merdu nyanyian mami bukan sahaja dalam dangdut tapi balada, pop r0ck dan lain-lain pun beliau boleh menyanyi dengan baik. Memang layak beliau menjadi juri nyanyian.

Apatah lagi gandingan dan gabungan suara veteran seperti Dato Nash, tapi lupa lirik pula tu. Kalau full cover pasti membuatkan ramai peminat-peminat meminta supaya bergandingan menyanyi bersama.

Meskipun mami seorang penyanyi dangdut namun pengetahuannya meluas dan tidak hanya sesuai dengan kategori dangdut sahaja. Ramai juga sukakan mami meskipun mami amatlah g4rang tapi jika sudah satu kep4la bekerjasama, pasti memahami sikap sebenar mami.

Memang g4rang tapi sebenarnya lebih menghiburkan, sekarang mami sudah pandai membuat lawak dan memang diakui semakin hari semakin kelakar pula sikapnya. Apatah lagi dah ada daddy. Semakin lawak dan lucu.

Ada juga yang meminati mami dek kerana sikapnya yang semulajadi dan memang sejak dari dahulu sehingga sekarang memang begini sikapnya yang suka berterus terang malah jika menjadi bukan artis pun begitulah sikap sebenarnya, yang membuatkan peminat selesa bila bersama. Tapi tidak peminat yang tidak pernah bersua muka.

Pelbagai komen-komen yang diberikan, antara komen-komen netizen adalah mengatakan mami semakin lucu, layak untuk menyertai maharaja lawakdan ada juga peminat yang melihat video ini sehingga 10 kali dek kerana lucu. Lihatlah antara komen mereka.

Meskipun Dato Nash terlupa lirik namun mereka masih mempunyai suara yang mantap dan merdu meskipun sudah menjangkau usia muda. Semoga mereka tetap maju jaya.

Sumber: ig masidayu1001

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!